• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
Blue Orange Green Pink Purple

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أهلا وسهلا ومرحبابا بكم
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG INI


Assunnahblog

"Apabila kamu bercanggah pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan rasulnya (Al-Quran dan hadis)"

Carian

Kamus jawa

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.


Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”


Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

Nasihat

Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memberi petunjuk,hidayah dan keberkatan kepada orang yang melakukan maksiat
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

Hadis m2


01. Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan di Akhir Zaman
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa juga dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan yang berdasarkan Al Quran dan hadis terjaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).
<
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

Ibu

Ibu segala kesihatan, sedikit makan
Ibu segala adab, sedikit bercakap
Ibu segala ibadat, takut buat dosa
Ibu segala cita-cita, sentiasa bersabar
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

munafik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ اْلاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ.

BAHAYA NIFAK

Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang pertama di kalangan umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam berhijrah ke Madinah. Semasa di Mekkah (zaman Mekkah) tidak wujud orang munafik sama ada secara individu atau kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi menyebarkan dakwah Islamiyah di Mekkah, iaitu:

Pertama: Golongan kaum muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan mereka demi untuk menyelamatkan Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-orang kuffar (musyrikin).

Kedua: Golongan atau kaum kuffar musyrikin yang kuat penentangannya terhadap orang-orang yang beriman.

Contoh yang dibawakan oleh sejarah tentang orang-orang munafik ialah peranan Kabilah Aus dan Khazraj serta orang-orang yang mengikuti mereka. Mereka adalah golongan munafik pertama muncul di Madinah, kemudian mereka mengumpulkan dan menghasut orang-orang di Madinah menjadi munafik seperti mereka kerana benci dan sakit hati diatas kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar.

Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga menggagalkan rancangannya menguasai Madinah. Kegiatan nifak beliau dibantu oleh kawan karibnya Abdullah bin Ubay.

DEFINISI NIFAK

Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata dasar) (نفق اليربوع) yang bererti "Lubang Tikus", ini kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan masuk ke lubangnya namun tidak menampakan jalan keluarnya. Maka ia memberi maksud: "Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".[1]

Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak ialah Imam Ibn Kathir rahimahullah. Menurut beliau nifak ialah:

اِظْهَارُ الْخَيْرِ وَاِسْرَارُ الشَّرِّ

"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk.[2]

Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:

المنافق يخالف قوله فعله وسره علانيته ومدخله مخرجه ومشهده مغيبه

"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya".[3]

Menurut pendefinisian Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa nifak ialah:

"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat kerosakan".[4]

NIFAK TERBAHAGI DUA

Menurut Ibn Qaiyim lagi, nifak itu terbagi dua:

Pertama: Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka.[5] Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).[6]

Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah:

“Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.

Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:

1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-Sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.

2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiyah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.

3. Membenci Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai seorang sayhwani (gila sex atau kaki perempuan).

4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.

5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam atau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:

رَاَيْتَ الْمُنَافِقِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا

“Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”.

An-Nisa, 4:61.

Kedua: Nifak Asghar (اصغر),[7] "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara. Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:

(1). Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:

وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ

“Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”,

Al-Munafiqun, 63:1.

اِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ اِلَى الْفُجُوْرِ ، وَاِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِيْ اِلَىالنَّارِ ، وَلاَ يَزَلُ الرَّجَلَ يَكْذِبُ وَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يَكْتُبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا.

"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta".

(2). Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ

"Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"

(3). Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari melakukan pengkhianatan:

وَلاَ تَخِنُ مَنْ خَانَكَ

"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

(4). Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan. Rasulullah bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ اَرْبَعٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ

"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".

(5). Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ : هَذِهِ غَدْرَةُ فَلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ

"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan". H/R Bukhari (5710) Al-Adab.

Ancaman Allah & Rasulnya Terhadap Penyakit Nifak Kepada Manusia

Allah mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِيْنَ بِاَنَّ لَهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”.

An-Nisa, 4:138.

اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ فِى الدَّرْكِ الاَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka”.

An-Nisa, 4:145.

اِنَّ اللهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيْعًا

“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”.

An-Nisa, 4:140.

وَعَدَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِيْنَ فِيْهَا هِيَ حَسْبُهُمْ ، وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيْمِ

“Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”.

At-Taubah, 9:68.

لِيُعَذِّبَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوْبَ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْمًا

“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Al-Ahzab, 33:73.

Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran siksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya. Semuanya itu telah disediakan untuk Si Munafik. Allah tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih.

SOALAN:

Apakah amalan menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau ahli nifak merupakan perbuatan yang menggalak sikap berwaspada atau merupakan perbuatan yang bahaya?

JAWAPAN:

Menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau nifak bukanlah perbuatan yang bahaya dan salah menurut syara. Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menggolongkan manusia kepada tiga golongan, segolongan darinya terdiri dari orang-orang munafik sebagaimana yang terdapat penyusunan ayat dan pembahagiannya di surah al-Baqarah:

Pertama: Empat ayat memperkatakan golongan orang-orang beriman.

Kedua: Dua ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang kafir.

Ketiga: Tiga belas ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang munafik.

Ayat yang memperkatakan perihal Si Munafik melebihi yang lain agar orang-orang beriman mengenal perangai, sikap, perbuatan dan juga agar berwaspada terhadap kejahatan mereka. Mereka (Si Munafik) gemar membuat fitnah, banyak melakukan kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang Islam.

Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan mudah diketahui.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyingkap tirai Si Munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah sehingga surah tersebut dinamakan Surah Madiniyah. Sebagaimana firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُوْلُ آمَنَّا بِاللهِ وَبِالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ ، يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلاَّ اَنْفُسَهُمْ وَمَايَشْعُرُوْنَ

"Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".[8]

Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam Madinah. Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga bermula di Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-orang munafik. Mereka ingin menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.

Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu:

"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian."[9]

Berkata Sa'id dari Qatadah:

"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".[10]

Paling jelas sifat orang-orang munafik adalah pendusta. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ

"Dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang pembohong (pendusta)".

Al-Munafiqun, 63:1

Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:

يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا

"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"

Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:

وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ

"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".

Orang munafik berpenyakit hati:

فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا

"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".

Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:

اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لاَ يَشْعُرُوْنَ

“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar".

Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu dan menyedari tentang kebodohannya:

اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفُهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ يَعْلَمُوْنَ

"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu".

Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:

وَاِذَا خَلَوْا اِلَى شَيَاطِيْنِهِمْ قَالُوْا اِنَّ مَعَكُمْ اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُوْنَ

"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok".

Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan, memperlekeh (mempermain-mainkan) agama Allah:

اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُ وْنَ

"Kami hanyalah berolok-olok".

Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan terumbang-ambing:

فِى طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُوْنَ

"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".

Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah kekafiran dan kesyirikan) dengan meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan), mereka tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka:

اُوْلَئِكَ الَّذِيْنَ اشْتَرَوْا الضَّلاَلَةَ بِالهُدَى فَمَارَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ

"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".

[1]. Lihat: المدخل لدراسة الاسلامية على مذهب اهل السنة والجماعة tajuk Nifaq. Dr. Ibrahim al-Buraikan.

[2]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir. 1/76.

[3]. Ibid.

[4]. Lihat: صفات المنافقين hlm. 15. Al-Maktabah al-Islami. Cetakan ke 4. Beirut. Ibn Qaiym al-Jauzi.

[5]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 1/67.

[6]. Ibid.

[7]. Ibid.

[8]. Surah al-Baqarah, 2:8-9.

[9]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 2/88.

[10]. Ibid.


Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post
Catatan Terbaru Laman utama

Labels

  • Bahasa jawa (6)
  • Mingguan (1)
  • Panduan (1)
  • Tauhid (8)

Jumlah Paparan Halaman

Assunnah Blog

  • Info
      Muqarrabin Management System.
  • Blog Archive

    • ► 2012 (2)
      • ► Februari (1)
      • ► Januari (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► Oktober (1)
    • ► 2010 (2)
      • ► Oktober (2)
    • ▼ 2009 (20)
      • ► Disember (15)
      • ▼ Mei (5)
        • Kamus jawa
        • Nasihat
        • Hadis m2
        • Ibu
        • munafik

    Blog Archive

    Langgan

    Catatan
    Atom
    Catatan
    Semua Ulasan
    Atom
    Semua Ulasan

    Pengikut

    Mengenai Saya

    Foto saya
    sunnah.blog
    Mohd Sani bin Abdullah bin Osman bin Abdullah bin Ahmad
    Lihat profil lengkap saya

    AUDIO

    http://audio.islamweb.net/audio/index.php
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Assunnah. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top