بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
BAB 1
Rantaian kandungan Hadis Sahih Muslim tentang Keimanan , rantaian ini masih jauh dari kesempurnaannya. Oleh karena itu kami sangat mengharapkan kritikan dan saranan daripada Anda semua.
Kritikan dan saranan boleh dialamatkan ke email kami www.sunnah.com@gmail.com .
Semoga bermunafaat bagi kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Daftar Isi Kandungan
I. KEIMANAN
1. Iman, Islam, ihsan dan Tanda Kiamat
2. Tiang Islam
3. Iman dan Syari’at Islam
4. Amal yang Membawa ke Surga
5. Lima Tiang Bangunan Islam
6. Tugas Pengutusan Mu’adz bin Jabal
7. Ketegasan dan Keberanian Abu Bakar
8. Mengakui Keesaan Allah ketika Meninggal
9. Ketika Nabi Kekurangan bekalan makanan
10. Keimanan Membuka Pintu Surga
11. Cabang-cabang Iman
12. Beriman dan Berpendirian Teguh
13. Islam yang Paling Utama
14. Orang yang Amat Baik
15. Orang yang Merasai Manisnya Iman
16. Mencintai Rasul
17. Mengasihi Saudara sebagai Mengasihi Diri Sendiri
18. Mengasihi Jiran Tetangga
19. Orang yang Suka Mengganggu Jiran Tetangga
20. Berkata yang baik atau diam
21. Iman dan Perjuangan
22. Ucapan Salam Menumbuhkan Kasih Sayang
23. Agama itu Nasihat
24. Hilang Keimanan Ketika Berbuat Maksiat
25. Tanda Orang Munafik
26. Memanggil kafir pada orang lain
27. Orang yang membenci bapaknya
28. Mencela keturunan dan Meratapi Mayat
29. Orang yang Beriman dan Kafir di pagi hari
30. Mencintai Kaum Anshar termasuk tanda-tanda keimanan
31. Kebanyakan Kaum Wanita adalah Penghuni Neraka
32. Bersujud Ketika Membaca Ayat Sajdah
33. Solat Membeza Antara Mukmin dan Kafir
34. Amalan yang Utama
35. Dosa Besar
36. Tujuh yang Membinasakan
37. Mencaci Kedua Orang Tua
38. Orang sombong Tidak akan Masuk Syurga
39. Menuntut Balas
40. Pendorong dan Penipu
41. Haram menampar pipi, mengoyak baju, dan berdoa dengan doa orang Jahiliyah ketika ditimpa musibah
42. Orang Yang Suka Menghasut Tidak Akan Masuk Surga
43. Larangan Melabuhkan pakaian, Mengungkit-ungkit Pemberian, Kedekut dan Tidak Jujur dalam Perniagaan
44. Hukuman Orang Yang Mati Bunuh Diri
45. Segeralah Beramal Sebelum Datang Masa Kekacauan
46. Niat Baik Dan Niat Buruk
47. Gangguan dalam Keimanan
48. Orang yang mengambil hak orang Islam dengan sumpah palsu
49. Mati Syahid Kerana Mempertahankan Hak Milik
50. Pemerintah Yang Menipu Rakyatnya
51. Tanggung Jawab Seorang Pemerintah
52. Munculnya Zaman Kekacauan (Fitnah-Memfitnah)
53. Islam adalah asing dan akan kembali menjadi sesuatu yang asing
54. Ketika Terjadinya Kiamat
55. Menyembunyikan Keimanan Bagi Orang Yang Takut
56. Pemberian Untuk Memelihara Iman
57. Turunnya Isa bin Maryam AS
58. Mata Hari Terbit Dari Barat
59. Tiga Hal Sebelum Datangnya Kiamat
60. Kisah Turunnya Wahyu Pertama Rasulullah SAW.
61. Jibril Membedah dan Membersihkan Dada Rasulullah SAW
62. Perawatakan Nabi Musa dan Isa
63. Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
64. Al Masih Isa Ibnu Maryam dan Al Masih Dajjal
65. Tiga Kebohongan Besar Bagi Yang Membicarakannya
66. Perabot Syurga Terbuat dari Emas dan Perak dan Melihat Allah di Syurga
67. Menjelaskan Cara Melihat Allah di Syurga dan Orang Yang Terakhir Masuk Syurga
68. Penghuni Neraka Yang Terakhir Masuk Syurga
69. Tempat Penghuni Syurga Yang Paling Rendah
70. Nabi Muhammad SAW Orang Yang Pertama Masuk Syurga
71. Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam Menyimpan Doa Syafaat Untuk Umatnya
72. Berilah Peringatan Kepada Kaum Kerabatmu Yang Terdekat
73. Keringanan Siksaan Abu Talib Kerana Syafaat Rasulullah
74. Masuknya Beberapa Kelompok Orang Islam Kedalam Syurga Tanpa Dihisab dan Siksa
75. Umat Muhammad merupakan separuh daripada penghuni syurga
Dengan niat hanya kerana Allah ta'ala dan dalam rangka Menghidupkan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW kita akan cuba menampilkan terjemahan Hadis-Hadis dari kitab Sahih Muslim sedikit demi sedikit sehingga khatam
Semoga boleh dijadikan sebagai rujukan umat Islam
KEIMANAN
1) IMAN, ISLAM, IHSAN dan TANDA KIAMAT
عَن عمر بن الخطاب، قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب. شديد سواد الشعر. لا يرى عليه أثر السفر. ولا يعرفه منا أحد. حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم. فاسند ركبتيه إلى ركبتيه. ووضع كفيه على فخذيه. وقال: يا محمد! أخبرني عن الإسلام. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم. وتقيم الصلاة. وتؤتي الزكاة. وتصوم رمضان. وتحج البيت، إن استطعت إليه سبيلا” قال: صدقت. قال فعجبنا له. يسأله ويصدقه. قال: فأخبرني عن الإيمان. قال: “أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر. وتؤمن بالقدر خيره وشره” قال: صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان. قال: “أن تعبد الله كأنك تراه. فإن لم تكن تراه، فإنه يراك”. قال: فأخبرني عن الساعة. قال: “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل” قال: فأخبرني عن أمارتها. قال: “أن تلد الأمة ربتها. وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء، يتطاولون في البنيان”. قال ثم انطلق. فلبثت مليا. ثم قال لي: “يا عمر! أتدري من السائل؟” قلت: الله ورسوله أعلم. قال: “فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم”.
Dari Umar bin Khathab RA katanya:
” Ketika kami bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, datang seorang laki-laki yang sangat putih bajunya dan sangat hitam rambutnya. Tiada kelihatan padanya tanda-tanda sebagai seorang musafir, Dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk dekat Nabi SAW dan disandarkannya lututnya ke lutut Nabi, dan diletakkannya kedua tapak tangannya di atas kedua paha baginda.”
Dia bertanya: “Wahai Muhammad ! Beritahukanlah kepadaku tentang Islam !”
Rasulullah SAW menjawab: “Islam itu ialah engkau mengakui, bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah (Utusan Allah). engkau mengerjakan solat, engkau membayar zakat, engkau berpuasa dibulan Ramadan dan engkau mengerjakan haji di Ka’bah (naik haji) bagi yang berkuasa datang kesitu.”
Katanya: “Awak Benar !”
Kata Umar: “Kami merasa hairan, karena dia bertanya dan kemudian membenar bahawa ucapan Nabi itu benar.”
Dia bertanya: “Beritahukanlah kepadaku tentang iman. !”
Nabi menjawab: “Engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, KitabNya, Rasul-RasulNya, hari akhirat (kiamat) dan engkau mempercayai adanya qadar baik dan buruknya .”
Katanya: “Awak Benar !”
Dia Bertanya: “Beritahukanlah kepadaku tentang ihsan !”
Jawab: “Engkau menyembah Allah, seolah-olah engkau melihatNya. Kalau engkau tidak boleh seolah-olah melihatNya, maka ingatlah bahwa Allah melihat engkau.”
Tanya: “Beritahukanlah kepadaku tentang as sa’at (kiamat) !”
Jawab : “Orang yang ditanya tentang as sa’at, tidak lebih tahu dari orang yang bertanya.”
Tanya : “Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya !”
Jawab : “Hamba sahaya perempuan melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang berkaki ayam, tiada berpakaian, miskin dan pengembala kambing, mereka berlumba-lumba membina rumah-rumah yang tinggi dan besar (banglo yang mewah)
Kata Umar: “Sesudah itu laki-laki tadi berangkat. Tidak lama kemudian Nabi mengatakan kepadaku: “Hai Umar ! Tahukah engkau, siapakah orang yang bertanya tadi ?”
Saya menjawab: “Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu!”
Kata Nabi: “Dia adalah malaikat Jibril, datang kepada kamu untuk mengajarkan kepadamu akan agamamu.”
2) Tiang Islam
عَن طلحة بن عبيدالله ؛ قَال:
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم من أهل نجد. ثائر الرأس. نسمع دوي صوته ولا نفقه ما يقول. حتى دنا من رسول الله صلى الله عليه وسلم. فإذا هو يسأل عن الإسلام. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “خمس صلوات في اليوم والليلة” فقال: هل علي غيرهن؟ قال “لا. إلا أن تطوع. وصيام شهر رمضان” فقال: هل علي غيره؟ فقال “لا. إلا أن تطوع” وذكر له رسول الله صلى الله عليه وسلم الزكاة. فقال: هل علي غيرها؟ قال” لا. إلا أن تطوع” قال، فأدبر الرجل وهو يقول: والله! لا أزيد على هذا ولا أنقص منه. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :أفلح إن صدق
Dari Thalhah bin Ubaidillah RA katanya :
“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW dari penduduk daerah Najed, berdebu kepalanya. Kami dengar bunyi suaranya tapi kami tidak mengerti apa yang diucapkannya. Lalu dia mendekati Rasulullah SAW. Rupanya dia menanyakan tentang Islam. Rasulullah SAW menjawab: “Lima kali sembahyang dalam sehari semalam !” maka dia bertanya: “ Adakah kewajipan saya selainnya?” Jawab Nabi: “Tidak !” Kecuali kalau engkau menambah dengan kerelaan (solat sunat).” dan puasa sebulan Ramadhan maka dia bertanya: “ Adakah kewajipan saya selainnya?” Jawab Nabi: “Tidak !” kecuali menambahnya dengan kerelaan (puasa sunat) dan Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang zakat. maka dia bertanya: “ Adakah kewajipan saya selainnya?” Jawab Nabi: “Tidak !” Kecuali kalau engkau menambah dengan kerelaan (sedekah) Kata Thalhah : Lalu laki-laki itu berangkat, sambil mengucapkan : “Demi Allah, saya tidak akan menambah lebih dari ini dan tidak akan mengurangi.” Rasulullah SAW bersabda: “ beruntung dia, kalau benar sebagaimana seperti yang diucapkanya.”
3) IMAN dan SYARI’AT ISLAM
عن أنس بن مالك؛ قال:
نهينا أن نسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن شيء. فكان يعجبنا أن يجيء الرجل من أهل البادية. العاقل. فيسأله ونحن نسمع. فجاء رجل من أهل البادية. فقال: يا محمد! أتانا رسولك. فزعم لنا أنك تزعم أن الله أرسلك؟ قال: “صدق” قال: فمن خلق السماء؟ قال: “فمن خلق الأرض؟ قال: “الله” قال: فمن نصب هذه الجبال، وجعل فيها ما جعل. قال: “الله” قال: فبالذي خلق السماء وخلق الأرض ونصب هذه الجبال آلله أرسلك. قال: “نعم” قال: وزعم رسولك أن علينا خمس صلوات في يومنا وليلتنا. قال: “صدق” قال:
فبالذي أرسلك. آلله أمرك بهذا؟ قال: “نعم” قال: وزعم رسولك أن علينا زكاة أموالنا . قال: “صدق” قال: فبالذي أرسلك. آلله أمرك بهذا؟ قال: ” نعم” قال: وزعم رسولك أن علينا صوم شهر رمضان في سنتنا. قال
“صدق” قال: فبالذي أرسلك. آلله أمرك بهذا؟ قال: ” نعم” قال: وزعم رسولك أن علينا حج البيت من استطاع إليه سبيلا. قال: “صدق” قال: ثم ولى قال: والذي بعثك بالحق! لا أزيد عليهن ولا أنقص منهن. فقال: النبي صلى الله عليه وسلم “لئن صدق ليدخلن الجنة
Dari Anas bin Malik RA katanya :
“Kami dilarang menanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW . Maka sangatlah menarik hati kami, kedatangan seorang laki-laki yang berakal dari penduduk dusun. Dia bertanya dan kami mendengar. Maka datanglah seorang laki-laki dari penduduk dusun, menanyakan: ” Hai Muhammad ! Telah datang kepada kami utusan engkau dan dia mengemukakan kepada kami, bahawa engkau mengemukakan bahawa Allah mengutus engkau.”
Jawab Nabi : ” Benar ! ”
Tanya :” Siapakah yang menciptakan langit ? ”
Jawab : “Allah !”
Tanya : “Siapakah yang menciptakan bumi ?”
Jawab : “Allah !”
Tanya : “Siapakah yang meninggikan bukit-bukit ini dan diadakan di situ apa yang ada ?”
Jawab : “Allah !”
Tanya: “Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dan meninggikan bukit-bukit ini ! Adakah Allah itu yang mengutus engkau ?”
Jawab : “Benar !”
Tanya: “Utusan engkau mengemukakan, bahawa kewajiban kami membayar zakat dari harta kami.”
Jawab : “Benar !”
Tanya: ” Demi Tuhan yang mengutus engkau ! Adakah Allah memerintahkan ini kepada engkau ?”
Jawab: “Benar !”
Tanya: “Utusan engkau mengemukakan, bahawa kewajiban kami berpuasa dibulan Ramadhan, setiap tahun.”
Jawab: “Benar !”
Tanya : “Demi Tuhan yang mengutus engkau ! Adakah Alllah yang memerintahkan ini kepada engkau ?”
Jawab : “Benar !”
Tanya : “Utusan engkau mengemukakan, bahawa kewajiban kami mengerjakan haji di Ka’bah (naik haji) terhadap siapa yang berkemampuan mengerjakannya.”
Jawab:”Benar !”
“Kemudian laki-laki itu pergi dan mengucapkan: “Demi Tuhan yang mengutus engkau membawa kebenaran ! Saya tidak akan menambah lebih dari itu dan tidak akan mengurangi.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Kalau benar dia berbuat begitu, niscaya dia akan masuk syurga.”
4) Amal Yang Membawa Ke Surga
a) عن أبى أَيُّوْبٍ قال جاء رجول إلى النّبيّ صلى الله عليه وسلم فقال دلّني على عمل أعمله يُدنينى من الجنة ويباعدني من النّار قال تعبدالله لاتشرك به شيئا وتقيم الصّلاة وتؤتي الزّكاة وتَصِلُ ذا رحمك فلمّا أدبر قال رسول الله صلعم إن تمسّك بما أُمر به دخل الجنّة
Dari Abu Ayyub RA. berkata:
“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW, lalu berkata : “Tunjukkan kepada saya amalan yang akan saya kerjakan, untuk mendekatkan saya dengan syurga dan menjauhkan saya dari neraka !” Jawab Nabi: ” Engkau menyembah Allah semata-mata dan tiada mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun, mengerjakan sembahyang, membayar zakat dan mengadakan hubungan baik sesama kaum kerabat. “Setelah laki-laki itu pergi, Rasulullah SAW bersabda: “Kalau dia berpegang teguh (melaksanakan) apa yang diperintahkan kepadanya, niscaya dia masuk syurga.”
b) عن جابر قال أتى النّبيّ صلى الله عليه وسلم النُّعمان بن قَوْقلٍ فقال يا رسول الله أرئيت إذا صلّيت المكتوبة وحرّمت الحرام واحللت الحلال أأدخل الجنّة فقال النّبيّ صلعم : نعم
Dari Jabir RA katanya:
“Datang kepada Nabi SAW. Nu’man bin Qauqal, bertanya: “Ya Rasulullah ! Bagaimana pendapat engkau, kalau saya mengerjakan sembahyang yang fardhu, saya hentikan yang terlarang (haram), dan saya kerjakan yang halal, adakah saya akan masuk syurga?” Nabi SAW menjawab : “Ya !”
5) Lima tiang bangunan Islam
عن عبدالله بن عمر قال رسول الله صلعم بُنِيَ الإِْسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَاِيْتَاءِالزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Dari Abdullah bin Umar RA katanya:
“Rasulullahi SAW berkata: “Islam dibangun atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, mengerjakan sembahyang, membayar zakat, naik haji dan puasa di bulan Ramadhan.”
6)Tugas Pengutusan Mu’adz Bin Jabal
عَن معاذا قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم. قال:
إنك تأتي قوما من أهل الكتاب. فادعهم إلى شهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله. فإن هم أطاعوا لذلك. فأعلمنهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد في فقرائهم. فإن هم أطاعوا لذلك. فأعلمنهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة. فإن هم أطاعوا لذلك. فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد في فقرائهم. فإن هم أطاعوا لذلك. فإياك وكرائم أموالهم. واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب
Dari Mua’adz bin Jabal RA. katanya:
“Rasulullah SAW mengutus saya, lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya engkau akan datang kepada suatu kaum dari orang-orang Ahli Kitab. Maka panggillah mereka kepada pengakuan, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa sesungguhnya saya (Muhammad) adalah utusan Allah (Rasulullah). Kalau mereka telah mengakui hal demikian, maka beritahukanlah kepada mereka, bahwa Allah mewajibkan kepada mereka mengerjakan sembahyang lima kali dalam sehari semalam.”
“Kalau mereka telah mematuhi hal yang demikian, maka beritahukanlah kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan mereka memberikan sedekah (zakat), diambil dari orang-orang yang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang-orang yang miskin diantara mereka.”
“Kalau mereka telah mematuhi hal yang demikian, maka jangan mengambil harta mereka yang berharga ! Dan jagalah dirimu terhadap do’a orang yang teraniaya, kerana antara do’a orang yang teraniaya itu dengan Allah tiada sekatannya (akan termakbul)
7) Ketegasan dan Keberanian Abu Bakar
عن أبى هريرة قال لَمَّاتُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَاسْتَخْلَفَ أَبُوْبَكْرٍبَعْدَهُ وَكَفَرَمَنْ كَفَرَمِنَ الْعَرَبِ قَالَ عُمَرٌ بْنُ الْخَطَّابِ لأَبِى بَكْرٍكَيْفَ تُقَاتِلُ النَّاسَ وَقَدْ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أُمِرْتُ أن أقاتِلَ النَّاسَ حتّى يقولوا لااله الاالله فمن قال لااله الاالله فقد عَصَمَ مِنِّى مالَهُ ونفسه اِلاَّ بِحقِّهِ وحِسابِهِ علَى اللهِ
فقال أبوبكر واللهِ لأُُقاتِلنَّ مَنْ فرَّق بَيْنَ الصّلاةِ والزّكاةِ فإنَّ الزّكاةَ حقُّ الْمالِ والله لَوْمَنَعُوْنِى عِقالا كَانُوْايُؤَدُّوْنَهُ إلى رسولِ الله صلى الله عليه وسلم لقاتلْتُهم على منعهِ .
قال عمربن الخطّابِ فواللهِ ماهو الاّ أَنْ رأيتُ اللهَ عزّوجلّ قدْ شرح صدْرأبى بكر للقتالِ فَعَرفْتُ أنّهُ الْحَقُّ.
Dari Abu Hurairah RA. Katanya:
“Setelah Rasulullah SAW wafat dan Abu Bakar telah diangkat menjadi Khalifah, sebagian bangsa Arab kembali menjadi kafir. Umar bin Khattab berkata kepada Abu Bakar: “Mengapa engkau memerangi orang-orang (yang enggan membayar zakat)., sedang Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya disuruh memerangi manusia sampai mereka mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah.” Siapa yang telah mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah, sesungguhnya dia telah memelihara hartanya dan dirinya, kecuali kalau menurut kewajibannya sedang perhitungannya terpulang kepada Allah.”
“Abu Bakar menjawab: “Demi Allah ! Sesungguhnya saya akan memerangi orang yang membezakan antara sembahyang dan zakat, kerana zakat itu adalah kewajiban mengenai harta. Demi Allah ! Kalau mereka enggan memberikan tali unta yang dahulu mereka pernah memberikannya kepada Rasulullah SAW akan saya perangi mereka kerana kenggenanannya itu.”
“Kata Umar bin Khattab: “Demi Allah ! Kerana itu, saya mengetahui, bahawa Allah telah membukakan hati Abu Bakar untuk berperang. Saya mengetahui pula, bahawa itulah yang benar.”
8) Mengakui Keesaan Allah ketika Meninggal
عن عثمان قال قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Dari ‘Ustman RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang meninggal dunia, sedang dia mengetahui tiada Tuhan selain Allah, maka orang itu masuk surga”.
9) Ketika Nabi Kekurangan bekalan
عن أبي هريرة أو عن أبي سعيد (شك الأعمش) قال: لما كان غزوة تبوك، أصاب الناس مجاعة. قالوا:
يا رسول الله! لو أذنت لنا فنحرنا نواضحنا فأكلنا وادهنا. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم "افعلوا" قال فجاء عمر، فقال: يا رسول الله! إن فعلت قل الظهر. ولكن ادعهم بفضل أزوادهم. وادع الله لهم عليها بالبركة. لعل الله أن يجعل في ذلك. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم "نعم" قال فدعا بنطع فبسطه. م دعا بفضل أزوادهم. قال فجعل الرجل يجيء بكف ذرة. قال ويجيء الآخر بكف تمر. قال ويجيء الآخر بكسرة. حتى اجتمع على النطع من ذلك شيء يسير. قال فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بالبركة. م قال "خذوا في أوعيتكم" قال فأخذوا في أوعيتهم. حتى ما تركوا في العسكر وعاء إلا ملأوه. قال فأكلوا حتى شبعوا. وفضلت فضلة. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله. لا يلقى الله بهما عبد، غير شاك، فيحجب عن الجنة".
Dari Abu Hurairah RA atau Abu Said (keraguan daripada A'amas) katanya:
“Ketika perang Tabuk, ramai orang (pasukan tentera) ditimpa kekurangan bekalan. Mereka mengatakan: “Ya Rasulullah ! Kiranya engkau mengizinkan kami untuk menyembelih unta-unta kami, lalu kami makan dan kami ambil lemaknya !” Rasulullah SAW menjawab: “Perbuatlah !” Lalu Umar datang dan mengatakan : “Ya Rasulullah! Kalau engkau mengizinkan perbuatan demikian, niscaya kenderaan akan berkurangan. Melainkan hendaklah engkau menyuruh mereka membawa bekalan yang masih tinggal, kemudian itu engkau do’akan kepada Allah, supaya bekalan mereka diberkati. Mudah-mudahan Allah memperkenankan hal yang demikian. ” Rasulullah SAW menjawab: “Baiklah !”
“Nabi menyuruh mengambil sebuah tikar dari kulit, lalu tikar itu dibentangkan. Kemudian itu nabi menyuruh membawa bekalan mereka yang masih tinggal. Ada yang membawa segenggam jagung, ada yang membawa segenggam kurma dan ada pula yang membawa secoping roti. Setelah sampai semuanya terkumpul diatas tikar, dengan jumlah yang sedikit, Rasulullah SAW mendo’akan keberkatan bagi bekalan yang sedikit tadi. Kemudian beliau mengatakan: “Ambillah itu dan masukkan kedalam bekas (karung) kamu masing-masing !”
Lalu mereka mengambil dan memasukkan ke dalam bekas mereka, sehingga setiap bekas kepunyaan para tentera, semuanya telah penuh. Mereka semuanya makan sampai kenyang, sedangkan bekalan makanan masih berlebih.”
“Kemudian itu Rasulullah SAW bersabda: “Saya mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Saya Rasulullah. Tiada seseorang yang menemui ALlah dengan dua kalimah syahadat ini dengan tidak ragu-ragu, niscaya dia tidak akan dihalangi masuk syurga.”
10) Keimanan Membuka Pintu Surga
عن عُبادةَ بْنِ الصَّامِتِ قال قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ قال أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلَهَ اِلاّالله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَأَنَّ عِيْسَى عَبْدُاللهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتِهِ اَلْقَاهَا إِلىَ مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وّأَنَّ النَّارَحَقٌّ أَدْخَلَهُ اللهُ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ
Dari Ubadah bin Shamit RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mengucapkan: “Saya mengakui, bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa tiada sekutuNya, dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya dan bahwa ‘Isa adalah hamba Allah dan anak hamba perempuanNya (anak cucu Hawa), dan kalimat (ucapan) yang disampaikanNya kepada Maryam dan roh (jiwa) dari Allah, dan bahawa syurga itu benar (adanya), dan bahawa neraka itu benar (adanya), maka niscaya orang itu akan dimasukkan Allah kedalam syurga dari pintu mana yang disukainya diantara lapan pintu syurga.”
11) Cabang Iman
عن أبى هُريرةَ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ شُعْبَةً فَاَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَأَدْنَاهَاإِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيْمَانِ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu mempunyai cabang lebih dari tujuh puluh. Yang paling utama ialah mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah.” Yang paling rendah ialah membuang halangan dari jalan (sesuatu yang menyusahkan pengguna jalan). Dan perasaan malu adalah salah satu cabang dari iman.”
12) Beriman dan Berpendirian Teguh
عن سفيان بن عبدالله الثَّقَفِى قال قُلْتُ يَارَسُوْلُ اللهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ قَالَ قُلْ أَمَنْتُ بِاللهِ فَأسْتَقِمْ
Dari Sofyan bin Abdullah Assaqofi RA katanya:
“Saya mengatakan : “Ya Rasulullah ! Katakanlah kepada saya tentang Islam, suatu perkataan yang tidak memerlukan saya bertanya kepada seseorang selain engkau!” Beliau bersabda: Ucapkanlah: “Saya beriman kepada Allah. Kemudian tetaplah berpendirian lurus!”
13) Amal yang Utama
عن عبدالله بن عَمْرٍوأَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَيُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ قال تُطْعِمُ الطَّعامِ وتَقْرَأُالسَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abdullah bin Amru RA katanya:
“Sesungguhnya seorang laki-laki menanyakan kepada Rasulullah SAW.:”Apakah amal Islam yang lebih baik?” Rasulullah SAW menjawab: “Memberikan makanan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal.”
14) Orang yang Amat Baik
عن عبدالله بن عَمْرُوبْنِ العَاصِ يَقُوْلُ إِنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم أَيُّ الْمُسْلِمِيْنَ خَيْرٌ قال مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Dari Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash RA katanya:
“Sesungguhnya seorang laki-laki menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Siapakah orang Islam yang paling baik?” Beliau menjawab: “Orang yang selamat (tidak menyakiti) orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya.”
15) Orang yang Merasakan Manisnya Iman
عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإيْمَانِ مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّاسِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْأَ لاَيُحِبُّهُ إِلاّ َلِلّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hal, siapa yang ada ketiga-tiganya pada orang itu, niscaya dia akan merasakan manisnya iman kerananya: Sesiapa yang mencintai Allah dan Rasulnya, lebih dari yang lainnya, dan sesiapa yang mencintai manusia, semata-mata kerana Allah dan dia benci kembali menjadi kafir sesudah diselamatkan Allah dari kekafiran, sebagaimana bencinya akan dilemparkan ke dalam api neraka.”
16) Mencintai Rasul
عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
Dari Anas bin Malik RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga saya (Muhammad) dicintainya lebih daripada cinta kepada anaknya, ibu bapaknya dan manusia semuanya.”
17) Mengasihi Saudara sebagai Mengasihi Diri Sendiri
عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ يُحِبَّ ِلأَخِيُهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Anas bin Malik RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga ia menyukai untuk saudaranya seperti apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”
18) Mengasihi Jiran Tetangga
عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَيُؤْمِنُ عِبْدٌ حَتَّى يُحِبُّ لِجَارِهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Anas bin Malik RA katanya:
"Rasulullah SAW bersabda: “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaannya! Tiada sempurna iman seseorang kamu, sehingga dia menyukai untuk tetangganya apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”
19) Orang yang Suka Mengganggu Jiran Tetangga
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَيَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada akan masuk ke dalam syurga, sesiapa yang tidak aman tetangganya dari bahaya kejahatannya.”
20) Berkata yang baik atau diam
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْمُتْ وَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam saja. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan (menghormati) jiran tetangganya, Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
21) IMAN DAN PERJUANGAN
عن عبدالله بن مسعود قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام مَامِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قّبْلِى إِلاَّ كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوْفٌ يَقُوْلُوْنَ مَالاَيَفْعَلُوْنَ وَيَفْعَلُوْنَ مَالاَيُؤْمَرُوْنَ فََنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الإِيْمَانِ حَبَّةُ خَرْذَلٍ
Dari Abdullah bin Mas’ud RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Setiap Nabi yang diutus Allah sebelum saya, kepada sesuatu umat, diantaranya ada beberapa orang pengikut yang setia dan sahabat-sahabat yang melaksanakan sunnahnya (peraturannya) dan mengikuti perintahnya. Kemudian mereka digantikan oleh suatu golongan (angkatan) sesudahnya, yang pandai mengucapkan apa yang yang tidak mereka perbuat dan memperbuat apa yang tidak diperintahkan kepadanya. Maka barang siapa yang berjuang melawan mereka dengan tangannya, itulah orang yang beriman. Dan barang siapa yang berjuang melawan mereka dengan lidahnya (perkataannya), maka orang itu juga beriman. Dan barang siapa yang berjuang melawan mereka dengan hatinya (tidak menyukai), maka orang itu juga beriman. Selain dari itu tiada dianggap beriman, biarpun sebesar biji sawi.”
22) Ucapan Salam Menumbuhkan Kasih Sayang
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَتَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَتُؤْمِنُوْاحَتَّى تَحَابُّوْا أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَىْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُواالسَّلاَمَ بَيْنَكُمْ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak akan masuk surga sebelum kamu beriman. Kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai (mengasihi) satu sama lain. Tidakkah lebih baik, kalau aku tunjukkan kepadamu sesuatu yang kalau kamu perbuat niscaya kamu akan saling mencintai satu sama lain: Sebarkanlah ucapan salam diantara kalian!”
23) Agama itu Nasihat
a) عن تميم الداّرىّ قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا لِمَنْ. قَالَ لِلّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ
Dari Tamimi Addari RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu ialah nasihat (kejujuran). “Kami bertanya: “Kepada siapa ya Rasulullah?” Jawab beliau: “ Jujur terhadap Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang ‘awam mereka.”
b) عن جرير قال بَايَعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه والسلام عَلَى إِقَامِ الصَّلاَةِ وَاِيْتَاءِالزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
Dari Jarir RA katanya:
“Saya berjanji setia kepada Rasulullah SAW akan mendirikan solat, membayar zakat dan jujur kepada setiap orang islam.”
24) Hilang Keimanan Ketika Berbuat Maksiat
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيَزْنِى الزَّانِى حِيْنَ يَزْنِى وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَيَسْرِقُ السَّارِقُ حِيْنَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَيَشْرَبُ الْخَمْرَ حِيْنَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda :” Seorang penzina, ketika dia berbuat zina bukanlah seorang yang beriman. Seorang pencuri, ketika sedang mencuri bukanlah seorang yang beriman. Dan seorang peminum arak, ketika sedang minum bukanlah seorang yang beriman.”
25) Tanda Orang Munafiq
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام اَيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ اِذَاحَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَاِذَاؤْتُمِنَ خَانَ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda :” Tanda orang munafiq (beriman palsu) itu tiga : Apabila bercakap, dia bohong. Apabila berjanji, dia ingkar. Apabila diberi kepercayaan (diberi tanggung jawab), dia berkhianat.”
26) Memanggil kafir pada orang lain
عن أبى ذر قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ اِدَّعَى لِغَيْرِأَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلاَّكَفَرَ وَمَنِ ادَّعَى مَالَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْمَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلاً بِالْكُفْرِ اَوْ قَالَ عَدُوَّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ اِلاَّ حَارَعَلَيْهِ
Dari Abu Dzar RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda : “Seorang yang mengaku anak dari orang yang bukan bapaknya, sedang dia mengetahuinya, dia menjadi kafir. Dan barang siapa yang mengaku milik orang lain adalah miliknya, maka dia bukan dari golongan kita (bukan Islam) dan hendaklah dia mendiami tempatnya dalam neraka. Dan Barang siapa memanggil kafir atau musuh Allah kepada seseorang, sedangkan orang itu bukan demikian, maka panggilan (kafir atau musuh Allah) itu kembali kepadanya.”
27) Orang yang Membenci Bapaknya
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَتَرْغَبُوْا عَنْ اَبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيْهِ فَهُوَ كُفْرٌ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda :”Janganlah kamu membenci bapakmu, kerana siapa yang membenci kepada bapaknya, maka dia kufur.”
عن جرير قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام فِى حَجَّةِ الْوَدَاعِ اِسْتَنْصِتِ النَّاسَ ثُمَّ قَالَ لاَتَرْجِعُوْابَعْدِى كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ
Dari Jarir RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda pada waktu haji Wada’(penghabisan) : “Suruhlah orang-orang itu tenang dan mendengarkan!” Kemudian beliau bersabda : “Janganlah sepeninggalku, kamu menjadi kafir, dimana sebagian kamu memukul leher kawannya (saling membunuh).”
28) Mencela Keturunan dan Meratapi Mayat
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام اِثْنَانِ فِى النَّاسِ هُمَابِهِمْ كُفْرٌ اَلطَّعْنُ فِى النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
Dari Abu Hurairah RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda :”Dua hal yang diperbuat manusia, keduanya menyebabkan kekafiran: Mencela keturunan dan meratapi mayat.”
29) Orang yang Beriman dan Kafir dipagi hari
عن زيدبن خالد الجُهَّنِىِّ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام صَلاَةَالصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِى اِثْرِالسَّمَاءِ كَانَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُوْنَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا اَلله وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ قَالَ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِى كَافِرٌ بِالْكَوَاكِبِ وَأَمَّامَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءٍ كَذَا وَكَذَا فَذَالِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوَاكِبِ
Dari Zaid bin Khalid RA katanya:
“Rasulullah SAW sembahyang bersama kami, solat Subuh di Hudaibiyah sesudah hujan diwaktu malam. Setelah selesai solat beliau menghadap kepada orang ramai dan berkata :”Tahukah kamu, apa yang diucapkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab :”Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Kata Nabi : “Tuhan mengatakan : “Sebagian dari hambaKu dipagi hari, ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Adapun orang yang mengatakan, bahawa kita ditimpa hujan kerana kurnia Allah dan rahmatNya, maka orang itu beriman kepadaKu dan kafir kepada bintang. Tetapi siapa yang mengatakan bahawa kita ditimpa hujan, kerana bintang ini dan bintang itu, maka orang itu kafir kepadaKu dan beriman kepada bintang.”
30) Mencintai Kaum Anshar termasuk tanda keimanan
عن أنس قال قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام اَيَةُ الْمُنَافِقِ بُغْضُ الأَنْصَارِوَاَيَةُ الْمُؤْمِنِ حُبُّ الأَنْصَارِ
Dari Anas RA katanya :
“Rasulullah saw bersabda : “Tanda orang munafiq itu membenci kaum Anshar (penduduk Madinah) dan tanda orang beriman itu mencintai kaum Anshar.”
31) Ramai Wanita adalah Penghuni Neraka
عن عبدالله بن عمر قال قال رَسُوْلُ الله صلى الله عليه والسلام يَامَعْشَرَالنِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَاَكْثِرْنَ الإِسْتِغْفَارَ فَإِنِّى رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ حَوْلَةٌ وَمَالَنَا يَا رَسُوْلَ الله أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَمَارَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَبَ لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ قَالَتْ يَارَسُوْلَ اللهِ وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تُعْدِلُ شَهَادَةُ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِى مَا تُصَلِّى وَتُفْطِرُ فِى رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِ
Dari Abdullah bin Umar RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda : “Hai para wanita!” Bersedekahlah kamu dan banyaklah memohon ampun (kepada Allah), Kerana saya melihat kalian lebih banyak menjadi penghuni neraka. Seorang wanita yang cerdik di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kaum wanita yang lebih banyak menjadi penghuni neraka?” Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. Menjawab :”Kamu banyak mencela dan tidak berterima kasih kepada suami. Dan aku tidak melihat kurangnya akal dan agama yang lebih menguasai manusia selain dari kalian. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. menjawab: Yang dimaksud dengan kurang pada akal adalah kerana dua orang saksi wanita sama dengan seorang saksi laki-laki. Ini adalah kekurangan akal. Wanita menghabiskan waktu malamnya tanpa mengerjakan salat dan tidak puasa di bulan Ramadan (kerana haid), ini adalah kekurangan pada agama.”
32) Bersujud Ketika Membaca Ayat Sajdah
عن أبى هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام إِذَا قَرَأَ ابْنُ اَدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اِعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِى يَقُوْلُ يَاوَيْلَهُ أُمِرَ ابْنُ اَدَمَ بِالسُّجُوْدِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةَ وَأُمِرْتُ بِالسُّجُوْدِ فَأَبَيْتُ فَلِىَ النَّارُ
Dari Abu Hurairah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda :”Apabila seorang anak Adam (manusia) membaca surat As Sajdah, lalu dia sujud, Syaitan menghindar dan menangis, sambil mengucapkan:”Aduh malangnya! Anak Adam disuruh sujud kemudian dia sujud, maka dia memperoleh surga, Aku disuruh sujud tapi aku enggan, maka aku memperoleh neraka.”
33) Solat Pembeza Antara Mukmin dan Kafir
عن جابر ابن عبدالله قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام اِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ
Dari Jabir bin Abdullah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang membezakan di antara seseorang dengan syirik (mempersekutukan Tuhan) dan kekafiran ialah meninggalkan sholat.”
34) Amal yang Utama
a) عن أبى هريرة قال سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام أَيُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ إِيْمَانٌ بِاللهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ اَلْجِهَادُ فِى سَبِيْلِ اللهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ حَجٌّ مَبْرُوْرٌ
Dari Abu Hurairah RA berkata:
“ Ada yang menanyakan kepada Rasulullah SAW : “Manakah amal yang lebih utama?” Nabi menjawab :”Iman kepada Allah.” Ditanya lagi: “Sesudah itu apa?” Jawab : “Berjuang dijalan Allah.” Ditanya lagi : “Sesudah itu apa?” Jawab :”Haji Mabrur (yang di terima).”
b) عن أبى ذر قال قلت يا رسول الله أَيُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ أَلإِيْمِانُ بِاللهِ وَالْجِهَادُ فِى سَبِيْلِهِ قَالَ قُلْتُ أَيُّ الرِّقَابِ أَفْضَلُ قَالَ أَنْفَسَهُمَا عِنْدَ أَهْلِهَا وَ أَكْثَرُهَا ثَمَنًا قَالَ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ أَفْعَلْ قَالَ تُعِيْنُ صَانِعًا أَوْتَصْنَعُ ِلأَخْرَقَ قَالَ قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ أَرَأَيْتَ اِنْ ضَعَفْتُ عَنْ بَعْضِ الْعَمَلِ قَالَ تَكُفُّ شَرَّكَ عَنِ النَّاسِ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ مِنْكَ عَلَى نَفْسِكَ
Dari Abu Dzar RA berkata:
“Saya bertanya :”Ya Rasulullah, Amal apakah yang paling utama?”, Nabi menjawab : “Iman kepada Allah dan berjuang dijalanNya.” Saya bertanya : “memerdekakan hamba manakah yang paling utama?” Nabi menjawab : “Yang paling bagus menurut pemiliknya dan yang paling mahal harganya.” Saya bertanya:”Bagaimana kalau saya tidak sanggup melakukannya?” Nabi menjawab: ”Tolonglah orang yang sedang bekerja atau bantulah orang yang mampu menyelesaikan pekerjaannya dengan baik.” Saya bertanya: “Ya Rasulullah!, Bagaimana pendapat Engkau kalau saya tidak mampu mengerjakan beberapa amal?” Nabi menjawab : “Tahanlah dirimu dari berbuat yang mencelakakan orang lain, kerana itu adalah sedekah dari engkau kepada dirimu sendiri.”
c) عن عبد الله بن مسعود قال سألت رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه والسلام أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ اَلصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا قَالَ قُلْتُ ثَمَّ أَىٌَ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ اَلْجِهَادُ فِى سَبِيْلِ اللهِ
Dari Abdullah bin Mas’ud berkata:
“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: “Manakah amal yang lebih utama?” Nabi menjawab: “Sembahyang diwaktunya.” Saya bertanya: “Sesudah itu apa?” Nabi menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Saya bertanya:”Sesudah itu apa?” Nabi menjawab:”Berjuang dijalan Allah.”
35) Dosa Besar
a) عن عبد الله قال سألت رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه والسلام اَيُّ الذَّنْبِ اَعْظَمُ عِنْدَاللهِ قَالَ اَنْ تَجْعَلَ لِلّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ قُلْتُ لَهُ إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيْمٌ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ مَخَافَةَ أنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أيٌّ قَالَ ثُمَّ أنْ تُزَانَى حَلِيْلَةَ جَارِكَ
Dari Abdullah RA berkata :
“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW : “Dosa apakah yang paling besar disisi Alllah? “ Nabi menjawab: “Menjadikan sesuatu sekutu kepada Allah, sedang Dia adalah yang menciptakanmu.” Saya bertanya : “Sesungguhnya itu amat besar. Sesudah itu apa?” Nabi menjawab : “Engkau membunuh anakmu kerana takut ia akan makan bersama kamu.” Saya bertanya : “Kemudian itu apa?” Nabi menjawab: “Sesudah itu, engkau berzina dengan isteri jiranmu.”
b) عن أَبِى بَكْرَةَ قال كُنَّ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه والسلام فَقَالَ أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِاَكْبَرِالْكَبَائِرِثَلاَثًا اَلإِْشْرَاكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ أَوْ قَوْلُ الزُّوْرِ
Dari Abu Bakroh berkata:
“Kami bersama dengan Rasulullah SAW lalu beliau bersabda : “Akan kuberitahu kepada kalian tentang dosa besar” Ucapan ini diulangnya tiga kali. “mempersekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua dan saksi palsu atau perkataan palsu.”
36) Tujuh Perkara Yang Membinasakan
عن أبى هريرة قال سُئِلَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه والسلام اِجْتَنِبُوا السَّبْعِ الْمُوْبِقَاتِ اَلشِّرْكُ بِاللهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِى حَرَّمَ الله إِلاَّ بِالْحَقِّ وَاَكْلُ مَالِ الْيَتِيْمِ وَاَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّى يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاَتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Dari Abu Hurairah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda : “Jauhilah tujuh yang membinasakan : Mempersekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang dilarang membunuhnya, kecuali menurut haknya (qisos), memakan harta anak yatim, memakan riba, melarikan diri dalam peperangan dan menuduh (mencemarkan nama baik) wanita-wanita yang soleh yang tidak tertarik kepada perbuatan jahat dan mereka orang-orang yang beriman.”
37) Mencaci Kedua Orang Tua
عن عبدالله بن عمروبن العاص قال قال رَسُوْلُ الله صلى الله عليه والسلام مِنَ الْكَبَائِرِ شَتْمُ الرَّجُلِ وَالِدَيْهِ قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَهَلْ يَشْتِمُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ نَعَمْ يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ فَيَسُبَّ أُمَّهُ
Dari Abdullah bin Amru bin ;Ash RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda : “Termasuk dosa besar, seseorang yang mencaci kedua orang tuanya.” Mereka bertanya : “Ya Rasulullah!, Adakah seseorang akan mencaci kedua orang tuanya?” Nabi menjawab : “Ya! Dicacinya bapak orang lain, lalu orang itu mencaci bapaknya. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya.”
38) Menyombongkan Diri
a) عن عبد الله بن مسعود قال قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُوْنَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنًا قَالَ إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ اَلْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وّغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdullah bin Mas’ud RA berkata :
“Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk kedalam syurga, seseorang yang didalam hatinya terdapat kesombongan (takabur) seumpama sebiji sawi.” Seorang laki-laki bertanya :”Sesungguhnya ada seseorang yang menyukai supaya bajunya bagus dan seliparnya bagus.” Nabi menjawab : “Sesungguhnya Allah itu Indah, Dia menyukai keindahan. Kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain.”
b) عن عبد الله قال قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام لاَيَدْخُلُ النَّارَ اَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ اِيْمَاٍن وَلاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَحَدٌ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرِيَاءٍ
Dari Abdullah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk kedalam neraka, seseorang yang didalam hatinya terdapat keimanan seberat biji sawi. Tidak akan masuk kedalam syurga, seseorang yang didalam hatinya terdapat kesombongan seberat biji sawi.”
39) Menuntut Balas
عَنِ الْمِقْدَادِ بْنِ اْلأَسْوَدِ أَنَّهُ قال يَا رَسُوْلَ الله أَرَئَيْتَ إِنْ لَقِيْتُ رَجُلاً مِنَ الْكُفَّارِ فَقَاتَلَنِى فَضَرَبَ اِحْدَى يَدَيَّ بِالسَّيْفِ فَقَطَعَهَا ثُمَّ لاَذَ مِنِّى بِشَجَرَةٍ فَقَالَ أَسْلَمْتُ للهِ أَفَأَقْتُلُهُ يَا رَسُوْلَ اللهِ بَعْدَ أَنْ قَالَهَا قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه والسلام لاَتَقْتُلْهُ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّهُ قَدْ قَطَعَ يَدِى ثُمَّ قَالَ ذَلِكَ بَعْدَ أَنْ قَطَعَهَا أَفَأَقْتُلُهُ قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه والسلام لاَ تَقْتُلْهُ فَاِنْ قَتَلْتَهُ فَإِنَّهُ بِمَنْزِلَتِكَ قَبْلَ أَنْ تَقْتُلَهُ وَاِنَّكَ بِمَنْزِلَتِهِ قَبْلَ أَنْ يَقُوْلَ كَلِمَتَهُ الَّتِى قَالَ
Dari Miqdad bin Aswad RA berkata:
“Sesungguhnya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat Engkau, kalau saya bertemu (dalam peperangan) dengan seseorang dari kaum kafir, lalu saya diperanginya dan dipukulnya sebelah tanganku dengan pedang sampai putus. Kemudian dia berlindung dekat sepohon kayu, lalu mengucapkan : “Saya berislam kepada (kerana) Allah! Bolehkah saya membunuhnya, ya Rasulullah sesudah dia mengucapkan perkataan itu?” Rasulullah menjawab : “Jangan membunuhnya!” Kata Miqdad : “Ya Rasulullah! Dia telah memotong tanganku baru kemudian dia mengucapkan perkataan yang demikian. Bolehkah saya membunuhnya?” Jawab Beliau : “Jangan membunuhnya! Kalau engkau membunuhnya, dia sama dengan engkau sebelum engkau membunuhnya, dan engkau sama dengan dia sebelum dia mengucapkan perkataan yang diucapkannya itu.”
40) Penghala senjata dan Penipu
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه والسلام مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Dari Abu Hurairah RA berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menghala senjata kepada kita, maka dia itu bukan golongan kita (orang beriman). Dan barang siapa menipu kita, maka dia bukan golongan kita.”
41) Larangan menampar pipi, mengoyak baju, dan berdoa dengan doa orang Jahiliyah
a) عن عبدالله، قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:ليس منا من ضرب الخدود. أو شق الجيوب. أودعا بدعوى الجاهلية
Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Bukan termasuk golongan kami, orang yang menampar pipi (ketika ditimpa musibah), merobek-robek baju atau berdoa dengan doa Jahiliyah (meratapi kematian mayat seraya mengharapkan kecelakaan).
b) عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيْدَ وَأَبِي بُرْدَةَ بْنِ أَبِي مُوْسَى، قَالاَ:
أُغْمِيَ عَلَى أَبِي مُوْسَى وَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ أُمُّ عَبْدِاللهِ تَصِيْحُ بِرَنَّةٍ. قَالاَ: ثُمَّ أَفَاقَ. قَالَ: أَلمَْ تَعْلَمِي (وَكَانَ يُحْدِثُهَا) أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:أَنَا بَرِيءٌ مِمَّنْ حَلَقَ وَسَلَقَ وَخَرَقَ
Hadis riwayat Abdurrahman bin Yazid dan Abu Burdah bin Abu Musa. Mereka berkata:
“Abu Musa pengsan (kerana sakit). Lalu isterinya (Ummu Abdillah) datang menangis dengan suara keras. Berkata Abdurrahman bin Yazid dan Abu Burdah bin Abu Musa: Kemudian Abu Musa sedar kembali dan mengatakan (kepada isterinya): “Belumkah engkau tahu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda: “Aku berlepas tangan terhadap orang yang mencukur (menarik-narik) rambutnya, yang menangis dengan suara keras dan mengoyak-ngoyak bajunya (ketika ditimpa musibah).
42) Diharamkan Menghasut
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْل اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Hadis riwayat Hudzaifah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
" Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Tidak akan masuk syurga orang yang suka menghasut"
43) Larangan Melabuhkan pakaian, Mengungkit-ungkit Pemberian, Kedekut dan Tidak Jujur dalam Perdagangan
a) عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ, قَالَِ: رَسُوْلُ اللهِ صلى اله عليه وسلم قَالَ:
ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: اَلْمَنَّانُ الَّذِي لاَ يُعْطِيْ شَيْئًا إِلاَّ مَنَّهُ وَالْمُنْفِقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلْفِ الْفَاجِرِ. وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ
Hadis riwayat Abu Zar Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda : Ada Tiga golongan yang nanti pada hari kiamat tidak akan diajak berbicara oleh Allah. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, Orang yang membuat laku perniagaannya dengan sumpah palsu, Dan Orang yang melabuhkan pakaiannya (sehingga buku lali).
b) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " ثَلاَثٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلاَ يُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ: رَجُلٌ عَلَى فَضْلِ مَاءٍ بِالْفَلاَةِ يَمْنَعُهُ مِنَ ابْنِ السَّبِيْلِ. وَرَجُلٌ بَايَعَ رَجُلاً بِسِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَحَلَفَ لَهُ بِاللهِ ِلأَخَذَهَا بِكَذَا وَكَذَا فَصَدَقَهُ، وَهُوَ عَلَى غَيْرِ ذَلِكَ. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَا، فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى، وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Ada tiga orang yang nanti pada hari kiamat tidak akan diajak berbicara oleh Allah, tidak dipandang, tidak disucikan dan mereka mendapatkan siksa yang pedih, yaitu; orang yang mempunyai kelebihan air di gurun sahara tetapi tidak mahu memberikannya kepada musafir; orang yang membuat perjanjian dengan orang lain untuk menjual barang dagangan sesudah Asar; ia bersumpah demi Allah bahawa telah mengambil (membeli) barang itu dengan harga sekian dan orang lain tersebut mempercayainya, padahal sebenarnya tidak demikian; orang yang berbaiah (memberi persetujuan) kepada pemimpin untuk kepentingan dunia. Jika sang pemimpin memberikan keuntungan duniawi kepadanya, ia penuhi janjinya, tapi bila tidak, maka ia tidak penuhi janjinya.
44) Hukuman Membunuh Diri
a) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم :مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيْدَةٍ فَحَدِيْدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا أَبَدًا. وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا أَبَدًا. وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا أَبَدًا
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Sesiapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya.
b) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:
شَهِدْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم حُنَيْنًا. فَقَالَ لِرَجُلٍ مِمَّنْ يُدْعَى بِاْلإِسْلاَمِ :هَذَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ. فَلَمَّا حضرنا القتال قاتل الرجل قتالا شديدا فأصابته جراحة. فقيل: يا رسول الله! الرجل الذي قلت له آنفا "إنه من أهل النار" فإنه قاتل اليوم قتالا شديدا. وقد مات. فقال النبي صلى الله عليه وسلم "إلى النار" فكاد بعض المسلمين أن يرتاب. فبينما هم على ذلك إذ قيل: إنه لم يمت. ولكن به جراحا شديدا! فلما كان من الليل لم يصبر على الجراح فقتل نفسه. فأخبر النبي صلى الله عليه وسلم بذلك فقال: الله أكبر! أشهد أني عبد الله ورسوله" ثم أمر بلالا فنادى في الناس "إنه لا يدخل الجنة إلا نفس مسلمة. وإن الله يؤيد هذا الدين بالرجل الفاجر".
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Aku ikut Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam dalam perang Hunain. Kepada seseorang yang diakui keIslamannya beliau bersabda: Orang ini termasuk ahli neraka. Ketika kami telah memasuki peperangan, orang tersebut berperang dengan garang dan penuh semangat, kemudian ia terluka. Ada yang melapor kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam: Wahai Rasulullah, orang yang baru saja engkau katakan sebagai ahli neraka, ternyata pada hari ini berperang dengan garang dan sudah meninggal dunia. Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Ia pergi ke neraka. Sebahagian kaum muslimin merasa ragu. Pada saat itulah datang seseorang melapor bahawa ia tidak mati, tetapi mengalami luka parah. Pada malam harinya, orang itu tidak tahan menahan sakit lukanya, maka ia bunuh diri. Hal itu dikhabarkan kepada Nabi Sallallahu alaihi wassalam Beliau bersabda: Allah Maha besar, aku bersaksi bahawa aku adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Kemudian beliau memerintahkan Bilal untuk memanggil para sahabat: Sesungguhnya tidak akan masuk syurga, kecuali jiwa yang pasrah (muslim). Dan sesungguhnya Allah mengukuhkan agama ini dengan orang yang jahat.
45) Segeralah Beramal Sebelum Datang Masa Kekacauan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم
قَالَ :بَادِرُوْا بِاْلأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ اْلمُظْلِمِ. يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا. أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا. يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Segeralah beramal sebelum timbul fitnah (kekacauan) sebagaimana sebahagian malam yang gelap gelita, dimana seseorang diwaktu pagi masih beriman, sedang diwaktu petang telah menjadi orang kafir, diwaktu petang masih beriman, di pagi hari menjadi kafir. Dijual agamanya kerana mengharapkan sedikit keuntungan dunia.”
46) Niat Baik Dan Niat Buruk
a) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ ِلأُمَّتِي مَا حَدَثَتْ بِهِ أَنْفُسُهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوْا أَوْ يَعْمَلُوْا بِهِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya Allah membiarkan (tidak memperhitungkan) kata hati pada umatku, selama mereka tidak mengatakannya atau melakukannya"
b) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِذَا هَمَّ عَبْدِي بِسَيِّئَةٍ فَلاَ تَكْتُبُوْهَا عَلَيْهِ فَإِنْ عَمَلَهَا فَاكْتُبُوْهَا سَيِّئَةً. وَإِذَا هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوْهَا حَسَنَةً. فَإِنْ عَمَلَهَا فَاكْتُبُوْهَا عَشْرًا
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan keji, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat."
c) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم؛ قَالَ:
قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِذَا هَمَّ عَبْدِي بِحَسَنَةٍ وَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبْتُهَا لَهُ حَسَنَةً . فَإِنْ عَمَلَهَا كَتَبْتُهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضَعْفٍ . وَإِذَا هَمَّ بِسَيِّئَةٍ وَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ أَكْتُبْهَا عَلَيْهِ. فَإِنْ عَمَلَهَا كَتَبْتُهَا سَيِّئَةً وَاحِدَةً
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Allah Ta'ala berfirman: “ Apabila hambaku berniat hendak mengerjakan suatu kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Aku tuliskan untuknya satu kebaikan. Jika dikerjakannya kebaikan itu maka aku tuliskan untuknya sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda. Kalau dia berniat hendak mengerjakan kejahatan dan tidak dikerjakannya, Aku tidak menuliskan apa-apa untuknya. Tetapi kalau sampai dikerjakannya maka Aku tuliskan untuknya hanya satu kejahatan.”
47) Gangguan dalam Keimanan
a) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لاَ يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُوْنَ حَتىَّ يُقَالُ: هَذَا، خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ، فَمَنْ خَلَقَ اللهُ؟ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Tidak henti-hentinya manusia bertanya-tanya, sehingga dikatakan: Allah menciptakan makhluk, lalu siapa yang menciptakan Allah? Barang siapa yang merasakan keraguan dalam hatinya, maka hendaklah ia berkata: Saya beriman kepada Allah.
b) أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم :يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُوْلُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا وَكَذَا؟ حَتىَّ يَقُوْلُ لَهُ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَ ذَلِكَ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ وَلْيَنْتَهِ
Sesungguhnya Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu berkata:
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Syaitan mendatangi salah seorang diantara kamu kemudian berkata: Siapa yang menciptakan begini dan begini? Sehingga ia berkata : Siapa yang menciptakan Tuhanmu? Ketika sampai pada hal itu (pertanyaan siapa yang menciptakan Tuhanmu) , maka seharusnya ia berlindunglah kepada Allah dan menghentikannya.(tidak melanjutkan pertanyaan)”
48) Orang yang mengambil hak orang Islam dengan sumpah palsu
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِيْنِهِ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ لَهُ النَّارَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ. فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيْرًا، يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: وَإِنْ قَضِيْبًا مِنْ أَرَاكٍ.
Hadis riwayat Abu Umamah Radhiyallahu’anhu, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda:
“Barang siapa yang mengambil kepunyaan seorang muslim dengan mengucapkan sumpahnya, maka sesungguhnya Allah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan ke atasnya masuk surga.” Lalu seorang laki-laki bertanya : “Biarpun sedikit ya Rasulullah?”. Beliau menjawab : “Biarpun sebatang kayu Arak (kayu yang boleh diguna untuk bersugi).”
49) Mempertahankan Hak Milik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم. فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ! أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيْدُ أَخْذَ مَالِي؟ قَالَ "فَلاَ تُعْطِهِ مَالَكَ" قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي؟ قَالَ "قَاتِلْهُ" قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي؟ قَالَ "فَأَنْتَ شَهِيْدٌ" قَالَ: أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ؟ قَالَ "هُوَ فِي النَّارِ"
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam dan menanyakan: “Ya Rasulullah! Bagaimana menurutmu, kalau datang seseorang hendak mengambil hartaku?” Jawab Nabi: “Jangan egnkau berikan hartamu kepadanya!” Tanya laki-laki itu: “Bagaimana menurutmu, kalau dia memerangiku?” Nabi menjawab: “Perangi dia!”. Tanya laki-laki itu: “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Nabi menjawab: “Maka engkau mati syahid!” Laki-laki itu bertanya: “Bagaimana kalau saya membunuhnya?” Nabi menjawab: “Maka dia masuk neraka”
50) Pemerintah Yang Menipu Rakyatnya
عَنْ مَعْقِلٍ قَالَ. إِنِّي سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ:
"مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٍ لِرَعِيَّتِهِ، إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ".
Hadis riwayat Ma’qil bin Yasar Radhiyallahu’anhu , ia berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Seseorang hamba yang diberi Allah untuk memimpin rakyatnya, ia mati pada hari (saat) ia mati tersebut dalam keadaan sebagai penipu kepada rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan baginya masuk ke syurga”
51) Tanggung Jawab Seorang Pemerintah
عَنْ مَعْقِلٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ:
مَا مِنْ أَمِيْرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِيْنَ، ثُمَّ لاَ يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلاَّ لمَ ْيَدْخُلْ مَعَهُمُ الْجَنَّةَ
Hadis riwayat Ma’qil bin Yasar Radhiyallahu’anhu , ia berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Seseorang pemerintah yang mengurusi urusan kaum Muslimin, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh (dalam menjalankan tugasnya) dan tidak jujur terhadap mereka, melainkan dia tidak akan masuk syurga bersama mereka.”
52) Munculnya Zaman Kekacauan (Fitnah-fitnah)
عَنْ حُذَيْفَةَ؛ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ عُمَرَ. فَقَالَ: أَيُّكُمْ سَمِعَ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَذْكُرُ الْفِتَنَ؟ فَقَالَ قَوْمٌ: نَحْنُ سَمِعْنَاهُ. فَقَالَ: لَعَلَّكُمْ تَعْنُوْنَ فِتْنَةَ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَجَارِهِ؟ قَالُوْا: أَجَلْ. قَالَ:
تِلْكَ تُكْفِرُهَا الصَّلاَةَ وَالصِّيَامَ وَالصَّدَقَةَ. وَلَكِنْ أَيُّكُمْ سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَذْكُرُ الْفِتَنَ الَّتِي تَمُوْجُ مَوْجَ الْبَحْرِ. قَالَ حُذَيْفَةَ: فَأَسْكَتَ الْقَوْمُ. فَقُلْتُ: أَنَا. قَالَ: أَنْتَ، ِللهِ أَبُوْكَ! قَالَ حُذَيْفَةُ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ:
تُعْرَضُ الْفِتَنُ عَلَى الْقُلُوْبِ كَالْحَصِيْرِ عَوْدًا عَوْدًا. فَأَيُّ قَلْبٍ أُشْرِبَهَا نُكِتَ فِيْهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءٌ. وَأَيُّ قَلْبٍ أَنْكَرَهَا نُكِتَ فِيْهِ نُكْتَةٌ بَيْضَاءٌ. حَتىَّ تَصِيْرُ عَلَى قَلْبَيْنِ، عَلَى أَبْيَضَ مِثْلِ الصَّفَا. فَلاَ تَضُرُّهُ فِتْنَةٌ مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَاْلأَرْضُ. وَاْلآخَرُ أَسْوَدُ مُرْبَادًّا، كَالْكَوْزِ مُجَنِّيْحًا لاَ يَعْرِفُ مَعْرُوْفًا وَلاَ يُنْكِرُ مُنْكَرًا. إِلاَّ مَا أُشْرِبُ مِنْ هَوَاهُ.
قَالَ حُذَيْفَةُ: وَحَدَثْتُهُ؛ أَنَّ بَيْنَكَ وَبَيْنَهَا بَابًا مُغْلَقًا يُوْشِكُ أَنْ يُكْسَرَ. قَالَ عُمَرُ: أَكَسْرًا، لاَ أَبَا لَكَ! فَلَوْ أَنَّهُ فُتِحَ لَعَلَّهُ كَانَ يُعَادُ. قُلْتُ: لاَ. بَلْ يُكْسَرُ. وَحَدَثْتُهُ؛ أَنَّ ذَلِكَ الْبَابُ رَجُلٌ يُقْتَلُ أَوْ يَمُوْتُ. حَدِيْثًا لَيْسَ بِاْلأَغَالِيْطِ.
Hadis riwayat Hudzaifah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Ketika kami bersama Umar Radhiyallahu’anhu ia bertanya: Siapakah di antara kalian yang mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang fitnah? Beberapa sahabat berkata: Kami pernah mendengarnya. Umar berkata: Barangkali yang kalian maksudkan adalah fitnah seseorang berhubungan dengan keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Umar berkata: Itu terhapus dengan solat, puasa dan zakat. Tetapi (yang saya maksud), siapakah di antara kalian yang pernah mendengar sabda Nabi Sallallahu alaihi wassalam: Fitnah yang berombak seperti ombak laut? Orang-orang terdiam. Lalu Hudzaifah berkata: Saya. Umar berkata: Engkau, beruntung ayahmu (Lillahi abuka, pujian orang Arab kepada seorang yang istimewa). Kata Hudzaifah: Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Fitnah-fitnah akan melekat di hati bagaikan tikar, dengan berulang-ulang. Setiap hati yang termakan fitnah itu, maka pada hatinya akan terdapat bintik hitam dan setiap hati yang menolaknya, maka akan muncul bintik putih. Sehingga hati tersebut menjadi terbagi dua, satu golongan putih yang bagaikan batu besar, sehingga tidak akan terkena bahaya fitnah, selama masih ada langit dan bumi. Sedangkan satu golongan lagi hitam keabu-abuan seperti kuali terbalik, tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk, kecuali hanya menurutkan hawa nafsunya.” Kata Hudzaifah: “Saya ceritakan kepada Umar, bahwa diantara dia dan fitnah itu ada pintu yang tertutup yang dikhuatiri akan pecah.” Umar bertanya: “Adakah ia akan pecah? Tidak, sekiranya pintu itu terbuka , mudah-mudahan bisa kembali seperti semula.” Kata Hudzaifah: “Tidak dibuka, melainkan dipecah. Saya ceritakan kepada Umar bahawa pintu itu maksudnya seorang laki-laki yang dibunuh atau meninggal. Berita ini bukan omong kosong belaka.”
53) Islam pada mulanya adalah sesuatu yang asing dan
akan kembali menjadi asing
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا. فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Islam itu pada mulanya asing dan nanti akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah bagi yang asing.”
54) Ketika Terjadinya Kiamat
عَنْ أَنَسٍ، ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى لاَ يُقَالُ فِي اْلأَرْضِ: اَللهُ، اَللهُ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
“Sesungguhnya "Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda : “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga dimuka bumi tidak ada lagi yang mengucapkan: “Allah, Allah!”
55) Menyembunyikan keimanan bagi orang yang takut
عَنْ حُذَيْفَةَ؛ قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ:
أَحْصُوْا لِي كَمْ يَلْفِظُ اْلإِسْلاَمَ ؟ قَالَ، فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم! أَتَخَافُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ مَا بَيْنَ السِّتِّمِائَةٍ إِلَى السَّبْعِمِائَةٍ؟ قَالَ:
إِنَّكُمْ لاَ تَدْرُوْنَ. لَعَلَّكُمْ أَنْ تُبْتَلُوْا. قَالَ، فَابْتُلِيْنَا. حَتىَّ جَعَلَ الرَّجُلُ مِنَّا لاَ يُصَلِّي إِلاَّ سِرًّا
Hadis riwayat Hudzaifah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Kami sedang berada bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam ketika beliau bersabda: Hitunglah, berapa orang yang menyatakan Islam? Lalu kata Hudzaifah: Kami berkata: Wahai Rasulullah, apakah engkau khuatir pada kami, sedangkan kami berjumlah antara enam hingga tujuh ratus orang. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Kalian tidak tahu, mungkin suatu saat nanti kalian mendapat dugaan. Hudzaifah Radhiyallahu’anhu berkata: Maka kami benar-benar diuji sehingga seorang di antara kami tidak melaksanakan solat kecuali dengan cara bersembunyi."
56) Pemberian Untuk Memelihara Iman
عَنْ سَعَدٍ؛ قَالَ: قَسَمَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَسْمًا. فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ! أَعْطِ فُلاَنًا فَإِنَّهُ مُؤْمِنٌ. فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم "أَوْ مُسْلِمٌ" أَقُوْلُهَا ثَلاَثًا. وَيُرَدِّدُهَا عَلَىَّ ثَلاَثًا "أَوْ مُسْلِمٌ" ثُمَّ قَالَ "إِنِّي َلأُعْطِي الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ. مَخَافَةَ أَنْ يَكُبُّهُ اللهُ فِي النَّارِ
Hadis riwayat Saad Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam membagikan suatu pembagian. Lalu aku mengusulkan: Wahai Rasulullah, berilah si fulan, kerana ia seorang mukmin. Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Ataukah ia seorang muslim? Tiga kali saya mengusulkan hal itu dan tiga kali pula mendapat jawaban beliau yang sama: Ataukah ia seorang muslim? Kemudian beliau bersabda: Terkadang saya memberi kepada seseorang, padahal ada orang lain yang lebih saya sukai darinya, karena khawatir Allah akan melemparnya ke neraka (yakni pemberian itu dimaksudkan untuk memujuk hati orang yang diberi, agar tidak kembali menjadi kafir, sehingga ia dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka).
57) Turunnya Isa bin Maryam as. dengan menjalankan syariat nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam
a) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَيُوْشِكُنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم حَكَمًا مُقْسِطًا. فَيَكْسِرُ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيْرَ، وَيَضَعُ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضُ الْمَالُ حَتىَّ لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Demi Zat yang menguasai diriku. Sungguhnya, telah dekat waktunya Isa bin Maryam turun kepada kalian untuk menjadi hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan tidak menerima jizyah (ufti). Harta akan melimpah, sehingga tidak ada seorangpun mahu menerimanya."
b) عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم:
لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِيْنَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ، فَيَنْزِلُ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُوْلُ أَمِيْرُهُمْ: تَعَالَ صَلِّ لَنَا. فَيَقُوْلُ: لاَ. إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ. تَكْرِمَةَ اللهِ هَذِهِ اْلأُمَّةَ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Sentiasa ada satu golongan dari umatku berperang menegakkan yang hak (benar) golongan ini sentiasa ada /(dengan memperoleh kemenangan) sampai hari kiamat. Maka turunlah Isa ibnu Maryam AS lalu pemimpin mereka mengatakan kepada Isa: “Marilah sembahyang, menjadi imam kami!” Jawabnya: “Tidak! Sesungguhnya sebagian kamu menjadi imam (pemimpin) bagi yang lain.” Suatu kehormatan dari Allah untuk umat ini.”
58) Mata Hari Terbit Dari Barat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا. فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبِهَا آَمَنَ النَّاسُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُوْنَ. فَيَوْمَئِذٍ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آَمَنَتْ مِنْ قَبْلِ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيْمَانِهَا خَيْرًا
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
Bahwa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, maka seluruh manusia akan beriman. Tetapi (Pada saat itu), tidak bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri pada apa yang belum diimaninya atau pada kebaikan yang belum diusahakannya di masa imannya.
59) Tiga Hal Sebelum Datangnya Kiamat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
ثَلاَثٌ إِذَا خَرَجْنَ، لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيْمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا. وَالدَّجَّالُ. وَدَابَّةُ اْلأَرْضِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata :
“Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Tiga keadaan, apabila hal itu terjadi maka tidak bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri pada apa yang belum diimaninya atau pada kebaikan yang belum diusahakannya di masa imannya. Apabila Terbit matahari dari tempat terbenamnya (dari barat), keluarnya Dajjal dan keluarnya Binatang Bumi (Beruang dari bumi/Ya’jud Ma’jud).”
60) Kisah Turunnya Wahyu Pertama Rasulullah
Sallallahu alaihi wassalam
a) عَنْ عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم أخبرته؛ أنها قالت: كان أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوحي الرؤيا الصادقة في النوم. فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح. ثم حبب إليه الخلاء. فكان يخلو بغار حراء يتحنث فيه. (وهو التعبد) الليالي أولات العدد. قبل أن يرجع إلى أهله. ويتزود لذلك. ثم يرجع إلى خديجة فستزود [فيتزود؟؟] لمثلها. حتى فجئه الحق وهو في غار حراء. فجاءه الملك فقال: اقرأ. قال قلت: "ما أنا بقارئ" قال، فأخذني فغطني حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: اقرأ. قال قلت: ما أنا بقارئ. قال فأخذني فغطني الثانية حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: اقرأ. فقلت: ما أنا بقارئ فأخذني فغطني الثالثة حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: {اقرأ باسم ربك الذي خلق. خلق الإنسان من علق اقرأ وربك الأكرم. الذي علم بالقلم. علم الإنسان ما لم يعلم} [96/العلق/ الآية-1-5] فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم ترجف بوادره حتى دخل على خديجة فقال "زملوني زملوني" فزملوه حتى ذهب عنه الروع. ثم قال لخديجة" أي خديجة! ما لي" وأخبرها الخبر. قال "لقد خشيت على نفسي" قالت له خديجة: كلا. أبشر. فوالله! لا يخزيك الله أبدا. والله! إنك لتصل الرحم وتصدق الحديث، وتحمل الكل، وتكسب المعدوم، وتقري الضيف، وتعين على نوائب الحق. فانطلقت به خديجة حتى أتت به ورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى. وهو ابن عم خديجة، أخي أبيها. وكان امرأ تنصر في الجاهلية. وكان يكتب الكتاب العربي ويكتب من الإنجيل بالعربية ما شاء الله أن يكتب. وكان شيخا كبيرا قد عمي. فقالت له خديجة: أي عم! اسمع من ابن أخيك. قال ورقة بن نوفل: يا ابن أخي! ماذا ترى؟ فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم خبر ما رآه. فقال له ورقة: هذا الناموس الذي أنزل على موسى صلى الله عليه وسلم. يا ليتني فيها جذعا. يا ليتني أكون حيا حين يخرجك قومك. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "أَوَمُخْرِجِيَّ هم؟" قال ورقة: نعم. لم يأت رجل قط بما جئت به إلا عُوْدِيَ. وإن يدركني يومك أنصرك نصرا مؤزرا".
Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu’anhu, isteri Nabi Sallallahu alaihi wassalam ia berkata:
Wahyu pertama yang diterima Rasulullah adalah mimpi yang benar. Setiap kali beliau bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya Subuh. Kemudian beliau sering menyendiri. Biasanya beliau menyepi di gua Hira’. Di sana, beliau beribadah beberapa malam, sebelum kembali kepada keluarganya (isterinya) dan mempersiapkan bekal untuk itu. Kemudian beliau pulang ke Khadijah, mengambil bekal lagi untuk beberapa malam. Hal itu terus beliau lakukan sampai tiba-tiba wahyu datang ketika beliau sedang berada di gua Hira’. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata: Bacalah. Beliau menjawab: Saya tidak dapat membaca. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Malaikat itu menarik dan mendakapku, hingga saya merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku seraya berkata: Bacalah. saya menjawab: Saya tidak dapat membaca. Dia menarik dan mendakapku lagi, hingga saya merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil berkata: Bacalah. Saya menjawab: Saya tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendakapku sehingga saya merasa kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam pulang membawa ayat tersebut dalam keadaan gementar, hingga beliau masuk ke rumah Khadijah seraya berkata: Selimuti aku, selimuti aku! Keluarganya (isterinya) pun menyelimutinya, hingga gementarnya hilang. Kemudian beliau berkata kepada Khadijah: Hai Khadijah, apa yang telah terjadi denganku? Lalu beliau menceritakan seluruh peristiwa. Beliau berkata: Aku benar-benar khuatir terhadap diriku. Khadijah menghibur beliau: Jangan begitu, bergembirahlah. Demi Allah, Allah tidak akan merendahkanmu selamanya. Demi Allah, sungguh engkau telah menyambung tali persaudaraan, engkau jujur dalam berkata: engkau telah memikul beban orang lain, engkau sering membantu keperluan orang yang susah, menjamu tamu dan selalu membela kebenaran. Kemudian Khadijah mengajak beliau menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, saudara sepupu Khadijah. Dia adalah seorang penganut Kristen di masa Jahiliyah. Dia pandai menulis kitab berbahasa Arab dan menerjemahkan kitab Injil ke bahasa Arab, sesuai dengan kehendak Allah. Dia telah tua dan buta. Khadijah berkata kepadanya: Bapa saudara, dengarkanlah cerita anak saudaramu ini (Muhammad). Waraqah bin Naufal berkata: Hai anak saudaraku, apa yang engkau alami? Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menceritakan semua peristiwa yang beliau alami. Mendengar penuturan itu, Waraqah berkata: Ini adalah Namus (Jibril as.) yang dahulu datang kepada Musa as. Seandainya sahaja di saat kenabianmu aku masih muda. Oh… seandainya sahaja aku masih hidup pada saat engkau diusir oleh kaummu. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bertanya: Apakah mereka akan mengusirku? Waraqah menjawab: Ya, setiap orang yang datang mengembang tugas sepertimu pasti dimusuhi. Jika harimu itu sempat kualami, tentu aku akan membelamu mati-matian.”
b) عَنْ جابر بن عبدالله الأنصاري (وكان من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم) كان يحدث. قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يحدث عن فترة الوحي (قال في حديثه) "فبينا أنا أمشي سمعت صوتا من السماء. فرفعت رأسي. فإذا الملك الذي جاءني بحراء جالسا على كرسي بين السماء والأرض" قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "فجئثت منه فرقا. فرجعت فقلت: زملوني زملوني. فدثروني. فأنزل الله تبارك وتعالى: {يا أيها المدثر. قم فأنذر. وربك فكبر. وثيابك فطهر. والرجز فاهجر} [74/المدثر/ آية 1-5] وهي الأوثان قال: ثم تتابع الوحي.
Dari Jabir bin ‘Addullah Al Anshory Radhiyallahu‘anhu, ia berkata :
“Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda : “Ketika saya sedang berjalan, kudengar suara dari langit, lalu saya mengangkat kepalaku (menengadah), malaikat yang datang kepadaku di gua Hira’ duduk diatas kerusi diantara langit dan bumi. Lalu saya berjalan cepat kerana ketakutan dan kembali pulang dan mengucapkan: “Selimuti aku, selimuti aku!” Lalu aku diselimuti dan Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi menurunkan ayat: “
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (menjauhi berhala)” surah Al Muddassir ayat 1 – 5. Sesudah itu, wahyu turun berturut-turut.”
61) Jibril Membedah dan Membersihkan Dada Rasulullah
Sallallahu alaihi wassalam
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَاهُ جِبْرِيْلُ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ. فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ. فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ. فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً. فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ. ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طِسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ. ثُمَّ َلأَمَهُ. ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ. وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ (يَعْنِي ظِئْرُهُ) فَقَالُوْا:
إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ. فَاسْتَقْبَلُوْهُ وَهُوَ مَنْتَقَعُ اللَّوْنِ.
Hadits riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam ketika dia sedang bermain dengan kanak-kanak. Jibril memegangnya dan membaringkannya lalu membelah dadanya dan dikeluarkannya hatinya kemudian dibuangnya segumpal darah dari dalamnya. Jibril berkata kepada Nabi: “Ini adalah bagian (jalan) syaitan kepadamu.” Kemudian hati itu dibersihkan dengan air zamzam dalam sebuah bejana emas. Kemudian dipertautkannya kembali setelah diletakkan hatinya kembali pada tempatnya semula. Kanak-kanak itu berlari menemui ibu yang menyusui Nabi dan mengatakan: “Bahawa Muhammad telah dibunuh.” Mereka datang menemuinya (Muhammad) dan pada waktu itu mukanya masih pucat.”
62) Perawakan Nabi-Nabi
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: ذَكَرَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم حِيْنَ أُسْرِيَ بِهِ فَقَالَ: مُوْسَى آدَمُ طُوَّالٌ. كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوْءَةَ. وَقَالَ: عِيْسَى جَعْدُ مَرْبُوْعٍ وَذَكَرَ مَالِكًا خَازِنَ جَهَنَّمَ وَذَكَرَ الدَّجَّالَ.
Hadis riwayat Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menyebut semasa perjalanan Isra’nya. Beliau bersabda: Nabi Musa as. Tinggi seperti Adam as., tingginya seperti lelaki Syanu’ah (nama kabilah). Beliau bersabda pula: Nabi Isa as. itu gempal, tingginya sedang. Beliau juga menyebutkan tentang Malik penjaga Jahanam dan Dajjal.
63)Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم :حِيْنَ أُسْرِيَ بِي لَقَيْتُ مُوْسَى عليه السلام (فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم) فَإِذَا رَجُلٌ (حسبته قال) مُضْطَرِبٌ. رجل الرَّأْسِ. كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوْءَةَ. قَالَ، وَلَقَيْتُ عِيْسَى (فَنَعَتَهَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم) فَإِذَا رَبْعَةٌ أَحْمَرٌ كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيْمَاسٍ (يَعْنِي حَمَامًا) قَالَ، وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيْمَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِ. وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِهِ بِهِ. قَالَ، فَأَتَيْتُ بِإِنَاءَيْنِ فِيْ أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي اْلآخَرِ خَمْرٌ. فَقِيْلَ لِي: خُذْ أَيَّهُمَا شِئْتَ. فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرَبْتُهُ. فَقَالَ: هُدِيْتَ الْفِطْرَةَ. أَوْ أَصَبْتَ الْفِطْرَةَ. أَمَّا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الْخَمْرَ غَوَّتْ أُمَّتُكَ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Ketika aku diisra’kan, saya bertemu dengan Nabi Musa as., ia seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak, seperti seorang Bani Syanu’ah. saya juga bertemu dengan Nabi Isa as. ia berperawakan sedang, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari tempat mandi. Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Sayalah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu Saya diberi dua bekas (bejana), yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku: Ambillah yang engkau suka. Saya mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan: Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya lalai (sesat) umatmu.
64) Al Masih Isa Ibnu Maryam dan Al Masih Dajjal
قَالَ عَبْدُاللهِ بْنِ عُمَرَ:
ذَكَرَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا بَيْنَ ظَهْرَانَيِ النَّاسِ، اَلْمَسِيْحَ الدَّجَّالَ. فَقَالَ : إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ. أَلاَ أَنَّ الْمَسِيْحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ عَيْنِ الْيُمْنَى. كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ. قَالَ: وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَرَانِي اللَّيْلَةَ فِي الْمَنَامِ عِنْدَ الْكَعْبَةِ. فَإِذَا رَجُلٌ آدَمُ كَأَحْسَنِ مَا تَرَى مِنْ أُدْمِ الرِّجَالِ. تَضْرِبُ لِمَّتَهُ بَيْنَ مَنْكِبَيْهِ. رَجُلُ الشَّعْرِ. يَقْطُرُ رَأْسَهُ مَاءً. وَاضِعًا يَدَيْهِ عَلَى مَنْكِبَي رَجُلَيْنِ. وَهُوَ بَيْنَهُمَا يَطُوْفُ بِالْبَيْتِ. فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالُوْا: اَلْمَسِيْحُ بْنُ مَرْيَمَ. وَرَأَيْتُ وَرَاءَهُ رَجُلاً جَعْدًا قَطَطًا. أَعْوَرَ عَيْنِ الْيُمْنَى. كَأَشْبَهِ مَنْ رَأَيْتُ مِنَ النَّاسِ بِاِبْنِ قَطَنٍ. وَاضِعًا يَدَيْهِ عَلَى مَنْكِبَي رَجُلَيْنِ. يَطُوْفُ بِالْبَيْتِ. فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ قَالُوْا: هَذَا الْمَسِيْحُ الدَّجَّالُ
Berkata Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu:
Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menceritakan tentang Dajjal dihadapan orang ramai. Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi tidak buta matanya. Ketahuilah bahawa Al Masih Dajjal buta matanya yang sebelah kanan, seolah-olah matanya buah anggur yang telah kering. Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam selanjutnya: Pada suatu malam saya bermimpi di dekat Ka'bah, melihat seorang lelaki berkulit putih bercampur merah (sawa matang), seperti warna kulit sawa matang paling bagus yang pernah dilihat. Dia berambut ekal sampai ke bahu, terbaik yang pernah engkau lihat. Dia menyisir rambutnya dan masih tampak menetes airnya. Dia bersandar kepada dua orang atau bahu dua orang lelaki, melakukan tawaf di Ka'abah. Saya bertanya: Siapakah orang ini? Dijawab: Ini adalah Masih bin Maryam. Dan saya melihat dibelakangnya seorang lelaki yang sangat keriting, mata kanannya buta hampir serupa dengan seorang laki-laki yang pernah kulihat, namanya Ibnu Qathan, meletakkan kedua tangannya diatas bahu dua orang laki-laki melakukan thawaf di Ka’abah. saya bertanya: Siapakah ini? Dijawab mereka: Ini adalah Masih Dajjal.”
65) Tiga Kebohongan Besar Bagi Yang Membicarakannya
عَنْ مَسْرُوْقٍ؛ قَالَ:
كُنْتُ مُتَّكِئًا عِنْدَ عَائِشَةَ. فَقَالَتْ: يَا أَبَا عَائِشَةَ! ثَلاَثٌ مَنْ تَكَلَّمَ بِوَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلىَ اللهِ الْفِرْيَةَ. قُلْتُ: مَا هُنَّ؟ قَالَتْ: مَنْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صلى الله عليه وسلم رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللهِ الْفِرْيَةَ. قَالَ وَكُنْتُ مُتَّكِئًا فَجَلَسْتُ. فَقُلْتُ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِيْنَ! أَنْظِرِيْنِي وَلاَ تَعْجِلِيْنِي. أَلَمْ يَقُلِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: {وَلَقَدْ رَآهُ بِاْلأُفُقِ الْمُبِيْنِ} [81/التكوير/ الآية-23] {وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى} [53/النجم/ الآية-13] فَقَالَتْ: أَنَا أَوَّلُ هَذِهِ اْلأُمَّةِ سَأَلَ عَنْ ذَلِكَ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم. فَقَالَ: إِنَّمَا هُوَ جِبْرِيْلُ. لَمْ أَرَهُ عَلَى صُوْرَتِهِ الَّتِي خُلِقَ عَلَيْهَا غَيْرَ هَاتَيْنِ الْمَرَّتَيْنِ. رَأَيْتُهُ مُنْهَبِطًا مِنَ السَّمَاءِ. سَادًّا عِظَمُ خَلْقِهِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى اْلأَرْضِ . فَقَالَتْ: أَوَ لَمْ تَسْمَعْ أَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: {وَمَا كَانِ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمُهُ اللهُ إِلاَّ وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلِ رَسُوْلاً فَيُوْحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ} [42/الشورى/ الآية 51] قَالَتْ: وَمَنْ زَعَمَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَتَمَ شَيْئًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللهِ الْفِرْيَةَ . وَاللهُ يَقُوْلُ: {يَا أَيُّهَا الرَّسُوْلُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ} [5/المائدة/ الآية 67] قَالَتْ: وَمَنْ زَعَمَ أَنَّهُ يُخْبِرُ بِمَا يَكُوْنُ فِي غَدٍّ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللهِ الْفِرْيَةَ. وَاللهُ يَقُوْلُ: {قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ}
Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu’anhu: Dari Masruq ia bercerita:
Ketika saya bersandar di sisi Aisyah, Aisyah berkata: Wahai Abu Aisyah, ada tiga hal barang siapa yang membicarakan salah satunya, maka ia berbohong besar atas Allah. Saya bertanya: Tiga hal apa itu? Aisyah menjawab: (Pertama) barang siapa yang menyangka bahwa Muhammad Sallallahu alaihi wassalam melihat Tuhannya, maka ia berbohong besar atas Allah. saya mulanya bersandar, lalu duduk sambil berkata: Hai Ummul mukminin, tunggu, jangan tergesa-gesa! Bukankah Allah telah berfirman Dan sesungguhnya ia melihatnya di ufuk yang terang.(Surah Takwir ayat 23) Dan sesungguhnya ia telah melihatnya di waktu lain.(Surah an Najmu ayat 13) Aisyah berkata: Aku adalah orang pertama umat ini yang menanyakan hal itu kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam Beliau bersabda: Itu adalah Jibril as. aku tidak pernah melihatnya dalam bentuk aslinya, kecuali dua kali ini. Aku melihatnya turun dari langit, besarnya menutupi cakrawala antara langit dan bumi. Aisyah melanjutkan: Apakah engkau belum pernah mendengar firman Allah: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana (Surah As Syura ayat 51).
Aisyah berkata lagi: (Kedua) barang siapa yang menyangka bahwa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menyembunyikan sebagian isi Kitabullah (Alquran), maka ia berbohong besar atas Allah. Allah berfirman: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya...;(Surah al Ma'idah ayat 67).. Kemudian Aisyah melanjutkan: (Ketiga) barang siapa yang menyangka bahwa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam diberi tahu tentang apa yang akan terjadi besok, maka ia berbohong besar atas Allah. Allah berfirman: Katakanlah Tidak ada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara gaib kecuali Allah.
66) Perabot Di dalam Syurga dan
Melihat Allah di Syurga
a) عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ بْنِ قَيْسٍ، عَنْ أَبِيْهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم؛
قَالَ "جَنَّتَانِ مِنْ فِضَّةٍ آنِيَتُهُمَا وَمَا فِيْهِمَا. وَجَنَّتَانِ مِنْ ذَهَبٍ آنِيَتُهُمَا وَمَا فِيْهِمَا. وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ أَنْ يَنْظُرُوْا إِلَى رَبِّهِمْ إِلاَّ رِدَاءُ الْكِبْرِيَاءِ عَلَى وَجْهِهِ. فِي جَنَّةِ عَدْنٍ".
Hadis riwayat Abu Bakar bin Abdullah bin Qais Radhiyallahu’anhu:
Dari Nabi Sallallahu alaihi wassalam, beliau bersabda:
“Dua syurga yang peralatannya dan segala isinya dibuat dari perak dan dua syurga yang peralatannya dan segala isinya dibuat dari emas. Dan di antara orang-orang dan kemampuan memandang Tuhan mereka hanya ada tirai keagungan pada Zat-Nya, di syurga Adnin.”
b) عَنْ صُهَيْبٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، قَالَ يَقُوْلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: تُرِيْدُوْنَ شَيْئًا أَزِيْدُكُمْ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوْهَنَا؟ أَلَمْ تُدْخِلَنَا الْجَنَّةَ وَتُنْجِنَا مِنَ النَّارِ. قَالَ: فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ. فَمَا أُعْطُوْا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ
Hadits riwayat Shuhaib Radiyallahu’anhu, dari Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda:
“Setelah ahli syurga masuk ke dalam syurga, Allah berfirman : “Apakah kalian menginginkan sesuatu, nanti Aku tambahkan kepadamu?” Mereka menjawab: “Bukankah Engkau telah menjadikan wajah kami putih bersih? Bukankah Engkau telah memasukkan kami kedalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?. Nabi berkata: “Lalu dia (Allah) membuka tabir . Maka tiada suatu pemberianpun yang lebih mereka sukai daripada melihat kepada Tuhan mereka ‘Azza wajalla.”
67) Menjelaskan Cara Melihat Allah di Syurga
عن أبى هريرة قال ؛ أن ناسا قالوا لرسول الله صلى الله عليه وسلم:
يا رسول الله! هل نرى ربنا يوم القيامة؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "هل تضارون في رؤية القمر ليلة البدر؟" قالوا: لا. يا رسول الله! قال: "هل تضارون في الشمس ليس دونها سحاب؟" قالوا: لا. يا رسول الله! قال "فإنكم ترونه كذلك. يجمع الله الناس يوم القيامة. فيقول: من كان يعبد شيئا فليتبعه. فيتبع من كان يعبد الشمس الشمس. ويتبع من كان يعبد القمر القمر. ويتبع من كان يعبد الطواغيت الطواغيت. وتبقى هذه الأمة فيها منافقواها. فيأتيهم الله، تبارك وتعالى، في صورة غير صورته التي يعرفون. فيقول: أنا ربكم. فيقولون: نعوذ بالله منك. هذا مكاننا حتى يأتينا ربنا. فإذا جاء ربنا عرفناه. فيأتيهم الله تعالى في صورته التي يعرفون. فيقول: أنا ربكم. فيقولون: أنت ربنا. فيتبعونه. ويضرب الصراط بين ظهري جهنم. فأكون أنا وأمتي أول من يجيز. ولا يتكلم يومئذ إلا الرسل. ودعوى الرسل يومئذ: اللهم! سلم، سلم. وفي جهنم كلاليب مثل شوك السعدان. هل رأيتم السعدان؟" قالوا: نعم. يا رسول الله! قال: "فإنها مثل شوك السعدان. غير أنه لا يعلم ما قدر عظمها إلا الله. تخطف الناس بأعمالهم. فمنم المؤمن بقي بعمله. ومنهم المجازى حتى ينجى. حتى إذا فرغ الله من القضاء بين العباد، وأراد أن يخرج برحمته من أراد من أهل النار، أمر الملائكة أن يخرجوا من النار من كان لا يشرك بالله شيئا، ممن أراد الله تعالى أن يرحمه، ممن يقول: لا إله إلا الله. فيعرفونهم في النار. يعرفونهم بأثر السجود. تأكل النار من ابن آدم إلا أثر السجود. حرم الله على النار أن تأكل أثر السجود. فيخرجون من النار وقد امتحشوا. فيصب عليهم ماء الحياة. فينبتون منه كما تنبت الحبة في حميل السيل. ثم يفرغ الله تعالى من القضاء بين العباد. ويبقى رجل مقبل بوجهه على النار. وهو آخر أهل الجنة دخولا الجنة. فيقول: أي رب! اصرف وجهي عن النار. فإنه قد قشبني ريحها وأحرقني ذكاؤها. فيدعو الله ما شاء الله أن يدعوه. ثم يقول الله تبارك وتعالى: هل عسيت إن فعلت ذلك بك أن تسأل غيره! فيقول: لا أسألك غيره. ويعطي ربه من عهود ومواثيق ما شاء الله. فيصرف الله وجهه عن النار. فإذا أقبل على الجنة ورآها سكت ما شاء الله أن يسكت. ثم يقول: أي رب! قدمني إلى باب الجنة. فيقول الله له: أليس قد أعطيت عهودك ومواثيقك لا تسألني غير الذي أعطيتك. ويلك يا ابن آدم! ما أغدرك! فيقول: أي رب! ويدعو الله حتى يقول له: فهل عسيت إن أعطيتك ذلك أن تسأل غيره! فيقول: لا. وعزتك! فيعطي ربه ما شاء الله من عهود ومواثيق. فيقدمه إلى باب الجنة. فإذا قام على باب الجنة انفهقت له الجنة. فرأى ما فيها من الخير والسرور. فيسكت ما شاء الله أن يسكت. ثم يقول: أي رب! أدخلني الجنة. فيقول الله تبارك وتعالى له: أليس قد أعطيت عهودك ومواثيقك أن لا تسأل غير ما أعطيت. ويلك يا ابن آدم! ما أغدرك! فيقول: أي رب! لا أكون أشقى خلقك. فلا يزال يدعو الله حتى يضحك الله تبارك وتعالى منه. فإذا ضحك الله منه، قال: ادخل الجنة. فإذا دخلها قال الله له: تمنه. فيسأل ربه ويتمنى. حتى إن الله ليذكره من كذا وكذا، حتى إذا انقطعت به الأماني. قال الله تعالى: ذلك لك ومثله معه".
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
Bahawa Sahabat bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam: Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami pada hari kiamat? Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Apakah kalian terhalang melihat bulan di malam purnama? Para sahabat menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Apakah kalian terhalang melihat matahari yang tidak tertutup awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Seperti itulah kalian akan melihat Allah. Sesiapa yang telah menyembah sesuatu, maka ia mengikuti sembahannya itu. Orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, orang yang menyembah berhala mengikuti berhala. Tinggallah umat ini, termasuk di antaranya yang munafik. Kemudian Allah datang kepada mereka dalam bentuk selain bentuk-Nya yang mereka kenal, seraya berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka (umat ini) berkata: Kami berlindung kepada Allah darimu. Ini adalah tempat kami, sampai Tuhan kami datang kepada kami. Apabila Tuhan datang, kami tentu mengenal-Nya. Lalu Allah Ta'ala datang kepada mereka dalam bentuk-Nya yang telah mereka kenal. Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka pun berkata: Engkau Tuhan kami. Mereka mengikuti-Nya. Dan Allah membentangkan jembatan di atas neraka Jahanam. Saya (Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam) dan umatkulah yang pertama kali melintas. Pada saat itu, yang berbicara hanyalah para rasul. Doa para rasul saat itu adalah: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam neraka Jahanam terdapat besi berkait seperti duri Sakdan (nama tumbuhan yang berduri besar di setiap sisinya). Pernahkah kalian melihat Sakdan? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam melanjutkan: Besi berkait itu seperti duri Sakdan, tetapi hanya Allah yang tahu seberapa besarnya. Besi berkait itu mengait manusia dengan amal-amal mereka. Di antara mereka ada orang yang beriman, maka tetaplah amalnya. Dan di antara mereka ada yang dapat melintas, hingga selamat. Setelah Allah selesai memberikan keputusan untuk para hamba dan dengan rahmat-Nya Dia ingin mengeluarkan orang-orang di antara ahli neraka yang Dia kehendaki, maka Dia memerintah para malaikat untuk mengeluarkan orang-orang yang tidak pernah menyekutukan Allah. Itulah orang-orang yang dikehendaki Allah untuk mendapatkan rahmat-Nya, yang mengucap: “Laa ilaaha illallah”. Para malaikat mengenali mereka di neraka dengan adanya bekas sujud. Api neraka memakan tubuh anak keturunan Adam, kecuali bekas sujud. Allah melarang neraka memakan bekas sujud. Mereka dikeluarkan dari neraka, dalam keadaan hangus. Lalu mereka disiram dengan air kehidupan, sehingga mereka menjadi tumbuh seperti biji-bijian tumbuh selepas dibawa banjir. Kemudian selesailah Allah Ta'ala memberi keputusan di antara para hamba. Tinggal seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke neraka. Dia adalah ahli syurga yang terakhir masuk. Dia berkata: Ya Tuhanku, palingkanlah wajahku dari neraka, anginnya benar-benar mengeringku dan nyala apinya membakarku. Dia terus memohon apa yang dibolehkan kepada Allah. Kemudian Allah Ta'ala berfirman: Mungkin, jika Aku mengabulkan permintaanmu, engkau akan meminta yang lain. Orang itu menjawab: Saya tidak akan minta yang lain kepada-Mu. Maka ia pun berjanji kepada Allah. Lalu Allah memalingkan wajahnya dari neraka. Ketika ia telah menghadap dan melihat syurga, ia pun diam terpegun, kemudian berkata: Ya Tuhanku, dekatkanlah saya ke pintu syurga. Allah berkata: Bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta kepada-Ku selain apa yang sudah Kuberikan, celaka engkau, hai anak-cucu Adam, ternyata engkau tidak menepati janji. Orang itu berkata: Ya Tuhanku! Dia memohon terus kepada Allah, hingga Allah berfirman kepadanya: Mungkin jika Aku memberimu apa yang engkau pinta, engkau akan meminta yang lain lagi. Orang itu berkata: Tidak, demi Keagungan-Mu. Dan ia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu syurga. Setelah ia berdiri di ambang pintu syurga, ternyata pintu syurga terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas keindahan dan kesenangan yang ada di dalamnya. Dia pun diam terpegun. Kemudian berkata: Ya Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam syurga. Allah Ta'ala berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain apa yang telah Aku berikan? Celaka engkau, hai anak cucu Adam, betapa engkau tidak dapat menepati janji! Orang itu berkata: Ya Tuhanku, saya tidak ingin menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus memohon kepada Allah, sehingga membuat Allah Ta'ala tertawa (rida). Ketika Allah Ta'ala tertawa Dia berfirman: Masuklah engkau ke syurga. Setelah orang itu masuk syurga, Allah berfirman kepadanya: Apa lagi yang diinginimu, Orang itu meminta kepada Tuhannya, disamping ia terus bercita-cita dengan berbagai keinginan sehingga Allah mengingatkan dia tentang itu dan ini. Ketika telah habis keinginan-keinginannya, Allah Ta'ala berfirman: Itu semua untukmu, begitu pula yang sepertinya bersamanya”
68) Penghuni Neraka Yang Terakhir Masuk Syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: إِنِّي َلأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوْجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُوْلاً اَلْجَنَّةَ. رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا. فَيَقُوْلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ: اِذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيْهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى. فَيَرْجِعُ فَيَقُوْلُ: يُا رَبِّ! وَجَدْتُهَا مَلأَى. فَيَقُوْلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ: اِذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. قَالَ فَيَأْتِيْهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَْلأَى. فَيَرْجِعُ فَيَقُوْلُ: يَا رَبِّ! وَجَدْتُهَا مَْلأَى. فَيَقُوْلُ اللهُ لَهُ: اِذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَإِنَّ لَكَ مِثْلُ الدُّنْيَا وَعَشْرَةُ أَمْثَالِهَا. أَوْ إِنَّ لَكَ عَشْرَةُ أَمْثَالِ الدُّنْيَا. قَالَ فَيَقُوْلُ: أَتَسْخَرُ بِي (أَوْ أَتَضْحَكُ بِي) وَأَنْتَ الْمَلِكُ؟" قَالَ: لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ضَحَكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ.
قَالَ فَكَانَ يُقَالُ: ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً
Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Sungguh, aku benar-benar tahu penghuni neraka yang keluar terakhir dari sana dan penghuni syurga yang terakhir masuk ke dalamnya, yaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak. Lalu Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam syurga. Dia pun mendatangi syurga, tapi terkhayal padanya bahwa syurga itu penuh. Maka ia kembali dan berkata: Ya Tuhanku, saya dapati surga telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam syurga. Dia mendatangi syurga, tapi terkhayal padanya bahwa syurga itu penuh. Maka ia kembali dan berkata: Ya Tuhanku, aku dapati syurga itu penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam syurga, karena sesungguhnya menjadi milikmu seperti dunia dan sepuluh kali gandannya atau, sesungguhnya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Orang itu berkata: Apakah Engkau mengejekku (atau menertawakanku), sedangkan Engkau adalah Raja? Abdullah bin Masud berkata: Saya benar-benar melihat Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam tertawa sampai kelihatan gigi geraham beliau. Dikatakan: Itu adalah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya
69) Tempat Penghuni Syurga Yang Paling Rendah
عَنْ أَبُوْ الزُّبَيْرِ؛ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِالله يَسْأَلُ عَنِ الْوُرُوْدِ. فَقَالَ:
نَجِيْءُ نَحْنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَنْ كَذَا وَكَذَا اُنْظُرْ أَيْ ذَلِكَ فَوْقَ النَّاسِ. قَالَ فَتُدْعَى اْلأُمَمُ بِأَوْثَانِهَا وَمَا كَانَتْ تَعْبُدُ. اَْلأَوَّلُ فَاْلأَوَّلُ. ثُمَّ يَأْتِيْنَا رَبُّنَا بَعْدَ ذَلِكَ فَيَقُوْلُ: مَنْ تَنْظُرُوْنَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: نَنْظُرُ رَبَّنَا. فَيَقُوْلُ: أَنَا رَبُّكُمْ. فَيَقُوْلُوْنَ: حَتَّى نَنْظُرُ إِلَيْكَ. فَيَتَجَلَّى لَهُمْ يَضْحَكُ. قَالَ فَيَنْطَلِقُ بِهِمْ وَيَتْبَعُوْنَهُ. وَيُعْطَي كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ، مُنَافِقٌ أَوْ مُؤْمِنٌ، نُوْرًا. ثُمَّ يَتْبَعُوْنَهُ. وَعَلَى جِسْرِ جَهَنَّمَ كَلاَلِيْبُ وَحُسْكٌ. تَأْخُذُ مَنْ شَاءَ اللهُ. ثُمَّ يَطْفَأُ نُوْرُ الْمُنَافِقِيْنَ. ثُمَّ يَنْجُوْ الْمُؤْمِنُوْنَ. فَتَنْجُوْ أَوَّلُ زُمْرَةٍ وُجُوْهُمْ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. سَبْعُوْنَ أَلْفًا لاَ يُحَاسَبُوْنَ. ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ كَأَضَوإِ نَجْمٍ فِي السَّمَاءِ. ثُمَّ كَذَلِكَ. ثُمَّ تُحَلُّ الشَّفَاعَةُ. وَيُشْفَعُوْنَ حَتَّى يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. وَكاَنَ فِي قَلْبِهِ مِنَ الْخَيْرِ مَا يُزَنُ شَعِيْرُهُ. فَيَجْعَلُوْنَ بِفَنَاءِ الْجَنَّةِ. وَيَجْعَلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ يَرُشُّوْنَ عَلَيْهِمُ الْمَاءَ حَتَّى يَنْبُتُوْا نَبَاتَ الشَّيْءِ فِي السَّيْلِ. وَيَذْهَبُ حِرَاقُهُ. ثُمَّ يَسْأَلُ حَتَّى تُجْعَلُ لَهُ الدُّنْيَا وَعَشْرَةُ أَمْثَالِهَا مَعَهَا.
Hadis riwayat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu’anhu:
Dari Abu Zubair bahwa ia mendengar Jabir bin Abdullah Radhiyallahu’anhu bertanya tentang kedatangan kita di akhirat. Jabir berkata: Kita datang pada hari kiamat dari ini dan ini. Lihat (kedatangan itu di atas manusia). Lalu dipanggillah umat manusia dengan berhala dan apa yang dahulu disembahnya secara berturutan. Sesudah itu, Tuhan mendatangi kita seraya berfirman: Siapa yang kalian tunggu? Mereka menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka berkata: Sampai kami melihat-Mu. Lalu Allah menyingkap hijabnya tampak bagi mereka Tuhan tertawa. (Akhirnya) Dia membawa mereka dan mereka mengikuti-Nya. Setiap orang di antara mereka, munafik atau mukmin diberi nur(cahaya). Mereka terus mengikuti-Nya. Di atas jembatan neraka Jahanam terdapat besi-besi berkait dan berduri, yang merenggut sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian nur orang-orang munafik terpadam, sedangkan orang-orang mukmin tetap bersinar. Selamatlah rombongan pertama, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Mereka berkisar 70.000 (tujuh puluh ribu) orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya, wajah mereka seperti terangnya bintang-bintang di langit. Demikian seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun memintakan syafaat, sehingga keluar orang-orang yang mengucap: Laa ilaaha illallah dari neraka dan orang-orang yang di hatinya terdapat kebaikan seberat sebiji gandum. Mereka ditempatkan di halaman syurga, sedang ahli syurga memercik mereka dengan air, sampai mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu (tumbuhan) dengan banjir. Hilanglah hangus tubuh mereka. Kemudian ia (orang terakhir) meminta dan Allah memberikannya dunia dan sepuluh kali ganda sepertinya bersamanya.
70) Nabi Muhammad SAW Orang Yang Pertama Masuk Syurga
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم :آتِي بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. فَأَسْتَفْتِحُ. فَيَقُوْلُ الْخَازِنُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُوْلُ: مُحَمَّدٌ. فَيَقُوْلُ: بِكَ أُمِرْتُ لاَ أَفْتَحُ ِلأَحَدٍ قَبْلَكَ
Hadis riwayat Anas bin Malik, ia berkata:
“Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Saya datang ke pintu syurga pada hari kiamat, lalu saya meminta supaya pintu syurga dibuka. Penjaga syurga bertanya : “Engkau siapa?” Saya menjawab: “Muhammad!” Lalu dia berkata : “Saya diperintahkan, supaya tidak membukakan pintu syurga kepada siapapun sebelum engkau/”
71) Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam Menyimpan Doa Syafaat Untuk Umatnya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:ِ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ. فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ. وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً ِلأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ. فَهِيَ نَائِلَةٌ، إِنْ شَاءَ اللهُ، مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِي لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا
Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
“Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Setiap Nabi mempunyai do’a yang mustajab (diperkenankan dengan cepat). Setiap Nabi segera mempergunakannya. Sesungguhnya aku menyimpan do’a itu, untuk dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada umatku dihari kiamat. Dan do’a itu Insya Allah maqbul, untuk umatku yang meninggal dunia tanpa mempersekutukan Allah dengan suatu apapun.”
(Berilah Peringatan Kepada Kaum Kerabatmu Yang Terdekat)
72) Berilah Peringatan Kepada Kaum Kerabatmu Yang Terdekat
عن أبي هريرة؛ قال:
لما أنزلت هذه الآية:{وأنذر عشيرتك الأقربين} [26/الشعراء/ الآية-214] دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم قريشا. فاجتمعوا. فعم وخص. فقال "يا بني كعب بن لؤي! أنقذوا أنفسكم من النار. يا بني مرة بن كعب! أنقذوا أنفسكم من النار. يا بني عبد شمس! أنقذوا أنفسكم من النار. يا بني عبد مناف! أنقذوا من النار. يا بني هاشم! أنقذوا أنفسكم من النار. يا بني عبدالمطلب! أنقذوا أنفسكم من النار. يا فاطمة! أنقذي نفسك من النار. فإني لا أملك لكم من الله شيئا. غير أن لكم رحما سأبلها ببلالها".
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Tatkala diturunkan ayat ini: Dan peringatkanlah para kerabatmu yang terdekat,(Surah As Syua'ra ayat 214) maka Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam memanggil orang-orang Quraisy. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam berbicara secara umum dan khusus. Beliau bersabda: Wahai Bani Ka'ab bin Luaiy, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Bani Murrah bin Ka'ab, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Bani Abdi Syams, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Bani Abdi Manaf, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Bani Hasyim, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Bani Abdul Muthalib, selamatkanlah diri kalian dari neraka! Wahai Fatimah, selamatkanlah dirimu dari neraka! Kerana saya tidak berkuasa menolak sedikit pun siksaan Allah terhadap kalian. Saya hanya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kalian yang akan saya sambung dengan sungguh-sungguh.
73) Keringanan Siksaan Abu Thalib Kerana Syafaat Rasulullah
a) عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِالْمُطَلِبِ؛ أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ نَفَعْتَ أَبَا طَالِبٍ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ كَانَ يَحُوْطُكَ وَيَغْضَبُ لَكَ؟ قَالَ :نَعَمْ. هُوَ فِي ضَحْضَاحٍ مِنْ نَارٍ. وَلَوْلاَ أَنَا لَكَانَ فِي الدَّرْكِ اْلأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
Hadis riwayat Abbas bin Abdul Muthalib Radhiyallahu’anhu: Bahawa ia berkata:
"Wahai Rasulullah, apakah engkau dapat memberikan suatu munafaat kepada Abu Thalib. Kerana, dahulu ia merawat dan pernah membelamu. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Ya, ia berada di neraka yang paling ringan. Seandainya tidak kerana (berkat) aku, tentu ia berada neraka paling bawah"
b) عَنْ أَبِي سَعِيْدِ الْخُدْرِي؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذُكِرَ عِنْدَهُ عَمُّهُ أَبُوْ طَالِبٍ. فَقَالَ :لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ. فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنْ نَارٍ، يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ، يُغْلِي مِنْهُ دِمَاغُهُ
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri Radhiyallahu’anhu:
"Bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam mendengar bapa saudaranya Abu Thalib dibicarakan dekat beliau, lalu beliau bersabda: Mudah-mudahan syafaatku dapat memberinya munafaat pada hari kiamat, sehingga ia ditempatkan di neraka paling ringan yang apinya membakar kedua buku lali kakinya sampai mendidihkan otaknya."
74) Masuknya Beberapa Kelompok Orang Islam Kedalam Syurga
Tanpa Dihisab dan Siksa
a) عن أبي هريرة؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم قال
"يدخل من أمتي الجنة سبعون ألفا بغير حساب" فقال رجل: يا رسول الله! ادع الله أن يجعلني منهم. قال "اللهم! اجعله منهم" ثم قام آخر. فقال: يا رسول الله! ادع الله أن يجعلني منهم. قال "سبقك بها عكاشة
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
Bahawa Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Tujuh puluh ribu orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab (tanpa perhitungan amal). Seseorang berkata: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan saya tergolong daripada mereka. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam berdoa: “Ya Allah, jadikanlah dia daripada mereka”. Kemudian yang lain berdiri pula dan berkata: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah, agar Allah jadikanku tergolong daripada mereka. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Engkau telah didahului Ukasyah.(nama sahabat)
b) عن سهل بن سعد؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
"ليدخلن الجنة من أمتي سبعون ألفا، أو سبعمائة ألف (لا يدري أبو حازم أيهما قال) متماسكون. آخذ بعضهم بعضا. لا يدخل أولهم حتى يدخل آخرهم. وجوههم على صورة القمر ليلة البدر".
Hadis riwayat Sahal bin Saad Radhiyallahu’anhu:
Dari Abu Hazim dari Sahal bin Saad bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Tujuh puluh ribu orang atau tujuh ratus ribu orang (Abu Hazim ragu mana yang benar antara keduanya) akan masuk syurga saling berpegangan, mereka masuk bersama-sama tidak ada yang lebih dahulu dan tidak ada yang paling akhir, wajah mereka cerah seperti bulan purnama
c) عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: عرضت علي الأمم. فرأيت النبي ومعه الرهيط. والنبي ومعه الرجل والرجلان. والنبي ليس معه أحد. إذ رفع لي سواد عظيم. فظننت أنهم أمتي. فقيل لي: هذا موسى صلى الله عليه وسلم وقومه. ولكن انظر إلى الأفق. فنظرت. فإذا سواد عظيم. فقيل لي: انظر إلى الأفق الآخر. فإذا سواد عظيم. فقيل لي: هذه أمتك. ومعهم سبعون ألفا يدخلون الجنة بغير حساب ولا عذاب
ثم نهض فدخل منزله. فخاض الناس في أولئك الذين يدخلون الجنة بغير حساب ولا عذاب. فقال بعضهم: فلعلهم الذين صحبوا رسول الله صلى الله عليه وسلم. وقال بعضهم: فلعلهم الذين ولدوا في الإسلام ولم يشركوا بالله. وذكروا أشياء. فخرج عليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: "ما الذي تخوضون فيه؟" فأخبروه. فقال "هم الذين لا يرقون. ولا يسترقوون. ولا يتطيرون. وعلى ربهم يتوكلون" فقام عكاشة بن محصن. فقال: ادع الله أن يجعلني منهم. فقال "أنت منهم" ثم قام رجل آخر فقال: ادع الله أن يجعلني منهم. فقال "سبقك بها عكاشة
Hadis riwayat Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu:
Dari Nabi Sallallahu alaihi wassalam, beliau bersabda: Beberapa umat ditunjukkan kepadaku. Aku melihat seorang nabi bersama sekelompok kecil (tidak lebih dari sepuluh orang), ada lagi nabi yang disertai pengikut seorang atau dua orang dan ada pula nabi yang tiada seorang pengikut pun. Tiba-tiba ditunjukkan padaku kelompok besar. Aku menyangka mereka adalah umatku. Tetapi lalu dijelaskan: Ini adalah Musa as. dan kaumnya. Lihatlah ke ufuk! Aku memandang ke sana, ternyata ada kelompok besar. Dijelaskan lagi kepadaku: Pandanglah ke ufuk yang lain. Ternyata ada juga kelompok besar. Dijelaskan padaku: Ini adalah umatmu. Di antara mereka ada tujuh puluh ribu masuk syurga tanpa hisab dan siksa. Kemudian Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bangkit dan masuk ke rumahnya. Para sahabat membicarakan siapa yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa siksa. Sebahagian berkata: Barangkali mereka adalah orang-orang yang selalu bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam Sebagian berkata: Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak menyekutukan Allah. Mereka saling mengemukakan pendapat masing-masing. Maka keluarlah Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam kepada mereka lagi, beliau bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka memberitahu, lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan azimat/mantera tidak minta dibuatkan azimat, tidak meramalkan hal-hal buruk dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata: Berdoalah kepada Allah semoga Dia berkenan menjadikanku termasuk di antara mereka. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Engkau termasuk di antara mereka. Kemudian yang lain berdiri dan berkata: Berdoalah kepada Allah, semoga Dia berkenan menjadikanku sebahagian daripada mereka. Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda: Engkau telah didahului Ukasyah.
75) Umat Islam merupakan setengah penghuni surga
عَنْ عَبْدِاللهِ؛ قَالَ: قَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
أَمَا تَرْضَوْنَ أَنْ تَكُوْنُوْا رُبُعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالَ فَكَبَّرْنَا. ثُمَّ قَالَ :أَمَا تَرْضَوْنَ أَنْ تَكُوْنُوْا ثُلُثَ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالَ فَكَبَّرْنَا. ثُمَّ قَالَ : إِنِّي َلأَرْجُوْ أَنْ تَكُوْنُوْا شَطْرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ. وَسَأَخْبَرُكُمْ عَنْ ذَلِكَ. مَا الْمُسْلِمُوْنَ فِي الْكُفَّارِ إِلاَّ كَشَعْرَةِ بَيْضَاءٍ فِي ثَوْرٍ أَسْوَدَ. أَوْ كَشَعْرَةِ سَوْدَاءٍ فِي ثَوْرِ أَبْيَضَ
Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam bersabda kepada kami: Redhakah kalian menjadi satu perempat penghuni syurga? Kami (para sahabat) bertakbir. Beliau bersabda lagi: Redhakah kalian menjadi satu pertiga penghuni syurga? Kami pun bertakbir. Lalu beliau kembali bersabda: Sungguh, aku berharap kalian dapat menjadi setengah penghuni syurga. Aku akan memberitahukan hal itu kepada kalian. Orang-orang Islam berbanding dengan orang kafir seperti sehelai rambut (bulu) putih pada seekor lembu hitam, atau seperti sehelai rambut hitam pada seekor lembu putih.

