-Umar pada zaman Jahiliyah telah berkahwin dengan Zainab binti Maza'un saudara kepada Usman bin Maza'un dan telah melahirkan Hafsah, Abdullah, Abdur Rahman Al kabir.
-Menanam anak perempuan tidak dilakukan oleh Bani Adi (عدي ),Hafsah adalah anak Umar Al Khattab telah dilahirkan pada zaman Jahiliyah lima tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad tetapi dia tidak ditaman.(semakan Kitab Al Isobah (الإصابة ) Al Hafiz Ibnu Hajar m/s582 jilid 7.
- Umar juga terkenal dengan panggilan Abu Hafsah (nisbah namanya kepada anak perempuannya)
-Telah diriwayatkan daripada An Nukman bin Basyir berkata ”saya telah mendangar Umar Al Khattab berkata “ seseorang telah betanya tentang surah At Takwir ayat 8 ( وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ ) . Umar berkata “Telah datang Qais bin Asim kepada Rasullah saw. Dan berkata bahawa saya telah menanam lapan orang anak perempuan pada zaman Jahiliyah, Jawab Rasulullah bebaskan setiap orang daripadanya seorang hamba
Qais menjawab saya mempunyai unta , Jawab Rasulullah kamu sedekahkan sekiranya kemu kehendaki setiap orang daripadanya seekor unta. Riyat Al Bazar (1/60), At Tabrani di dalam Al Mukjam Al Kabir (18/337)
Hadis ini diriwayatkan oleh Umar sendiri tentang kaffarah bagi sesiaapa yang membunuh anak perempuan dalam zaman Jahiliyah sedangkan Umar langsung tidak menyebut tentang dirinya.
- Kaum keluarga Umar dan para sahabat rhd. Tidak pernah menyebut tenteng perkara ini
Cerita ini hanya ditulis oleh ustaz Abbas Mahmud Al Iqad dalam bukunya Abqariyah Umar m/s 221 tanpa bukti dan dalil yang sah .

