Hafizoh; Semalam saya mimpi bertemu Rasulullah saw.
Qadhi ; Adakah kamu kenal Rasulullah saw.
Hafizoh; Tidak
Qadhi ; Nescaya semalam kamu bertemu dengan Syaitan
Hafizoh; Bukan kah syaitan tidak boleh menjelma seperti wajah Rasulullah saw.
Qadhi ; Ya benar,syaitan tidak boleh menjelma sebagai wajah Rasulullah saw.tetapi
dia menjelma sebagai seorang yang tampan segak kemas hebat dan dia
membisik didalam hati bahawa itu adalah Rasulullah saw.kerana
kamu tidak kenal Rasulullah saw.
Hafizoh; Bagaimana saya hendak kenal Rasulllah saw.
Qadhi ; Kamu perlu pelajari sirah Rasulullah saw. sehingga kamu boleh membayangi
sifat-sifat tubuh badan Rasulullah saw. sebagaimana kamu boleh membayangi
kedua orang tua kamu.
Hafizoh; Apa kelebihan mimpi jumpa Rasulullah saw.
Qadhi ; Rasulullah bersabda sesiapa mimpi bertemu denganku setelah ketiadaanku
maka seolah-olah dia bertemu denganku sewaktu hidupku.
Hafizoh; Apa maksudnya?
Qadhi ; Maksudnya dia menjadi sahabat Rasulullah saw. Sesiapa yang menjadi sahabat
Rasulullah di jamin masuk ke Syurga.
Hafizoh; Mengapa syaitan memberi mimpi seseorang itu berjumpa Rasulullah?