• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
Blue Orange Green Pink Purple

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أهلا وسهلا ومرحبابا بكم
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG INI


Assunnahblog

"Apabila kamu bercanggah pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan rasulnya (Al-Quran dan hadis)"

Carian

Apa itu ibadat

MAKNA IBADAH

Ibadah dalam pengertian Bahasa Arab bermakna "Hina, Kehinaan" atau "Tunduk". Dimisalkan: (بَعِيْرٌ مُعَبَّدٌ) "Keldai yang tunduk yang sedia untuk ditunggang". Dalam istilah syara, ia dimaksudkan:

"Sesuatu yang diperintahkan oleh Allah sebagai syariat, bukan kerana kebiasaan tradisi (kebiasaan adat-resam sebelum datangnya syariat) atau kerana keperluan (tuntutan) akal fikiran". Atau diistilahkan juga:

"Ibadah ialah nama yang merangkumi setiap sesuatu yang dicintai dan diredhai oleh Allah, sama ada yang berupa perkataan, perbuatan yang lahir atau yang tersembunyi. Di samping itu, membebaskan diri (meninggalkan) dari setiap sesuatu yang bertentangan dan menyalahi ibadah tersebut".

Ibadah mempunyai dua rukun:

Pertama: Cinta sejati dan sempurna yang merupakan matlamat utama. Pada hakikatnya cinta hanya hak Allah kerana hanya Allah yang wajib dicintai dengan sepenuhnya semata-mata kerana ZatNya Yang Agung. Adapun mencintai selainNya adalah semata-mata kerana (bersebab) mencintaiNya. Allah berfirman:

وَالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اَشَدُّ حُبًّا ِللهِ
"Adapun orang-orang yang beriman itu bersangatan cintanya kepada Allah".
Al-Baqarah, 2:165.

ثَلاَثٌ مَنْكُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلاِيْمَانِ ، اَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مَمَّا سِوَاهُمَا ، وَاَنْ يُحِبَّ الْعَبْدُ لاَ يُحِبُّهُ اِلاَّ الله.
"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan (kesempurnaan) iman iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya. Dan seseorang hamba mencintai sesuatu tidaklah ia mencintainya kecuali semata-mata kerana Allah".

Kedua: Menyerah dan tunduk sepenuh hati kepada Allah dan mendahulukan mentaati syariatNya atas yang lainnya. Sentiasa mendahulukan kehendak Allah dan RasulNya walaupun bertentangan dengan kehendak atau keinginan hawa nafsunya. Firman Allah:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَيُؤْمِنُوْنَ حَتَّى يُحَـكِّمُوْكَ فِيْمَا شَـجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوْا فِى اَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوْا تَسْلِمًا.
"Maka demi Tuhanmu! Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka merasa tidak keberatan dalam hati mereka terhadap yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sempurna".
An-Nisa, 4:65.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih".
An-Nur, 24:63.

Syarat-Syarat Ibadah

Ibadah mempunyai tiga syarat:

Pertama: Kemahuan yang sungguh-sungguh atau kebulatan hati (tekad). Iaitu dengan meninggalkan sifat malas dan melambat-lambatkan amal perintah Allah. Dan menjaga agar perkataannya sesuai dengan perbuatannya. Syarat ini hanyalah syarat keberadaan ibadah, bukan syarat diterima ibadah tersebut. Firman Allah:

يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَالاَ تَفْعَلُوْنَ كَبُرَ مَقْتَا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَالاَ تَفْعَلُوْنَ.

"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".
As-Saff, 61:2-3.

Kedua: Niat yang ikhlas semata-mata hanya kerana Allah yang bersih dari kesyirikan, sehingga benar-benar tunduk kepada Allah. Syarat yang kedua dan yang ketiga adalah merupakan syarat diterimanya ibadah, maka setiap ibadah yang tidak dipenuhi dengan syarat kedua dan kitiga ini adalah ibadah yang batal atau bid'ah. Firman Allah:

اِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah semata, Tuhan semesta alam".
Al-An'am, 6:162.

وَمَا اُمِرُوْا اِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ حُنَفَآءَ

"Padahal mereka tidak disuruh melainkan hanya agar mereka menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus".
Al-Bayyinah, 98:5.

Ketiga: Setelah dipenuhi syarat kedua maka diwajibkan agar dipenuhi tuntutan syarat ketiga, iaitu bersesuaian (ittiba') dengan syara. Semua amal sama ada berupa perkataan atau akidah hendaklah bersesuaian dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan mencontohi RasulNya. Firman Allah:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبَّهِ اَحَدًا.

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya".
Al-Kahfi, 18:110.
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلاِسْلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى اْلاَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)

اَمْ لَهُمْ شُرَكَآئُوا شَرَعُوْا لَهُمْ مِّنَ الدِّيْنِ مَالَمْ يَاْذَنْ بِهِ اللهُ.

"Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah".
Asy-Syura, 42:21.




Hanya Allah Yang Wajib Diibadahi

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berhak diibadahi dan disembah dengan penuh tawadduk, khusyu' dan keikhlasan. Wajib mentauhidkan diri kepada Allah dan haram menyekutukanNya dengan makhlukNya, terutama apabila dilihat dan disandarkan kepada dua alasan yang kukuh ini:

1. Pertama: Hanya Allah yang paling sempurna pada zat, nama, sifat dan af'alNya (perbuatannya). Tabiat manusia pula cinta kepada yang paling sempurna, maka yang amat sempurna dalam segala-galanya hanyalah Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

2. Kedua: Allah telah memberi segala nikmat kepada sekalian makhlukNya yang tidak mengira muslim atau kafir, serta dengan kerububiyhanNya Dia telah menciptakan sesuatu ciptaan untuk keperluan, kenikmatan dan kesempurnaan hidup sekalian makhlukNya.

Telah berkata Ibn Qaiyim Al-Jauzi rahimahullah tentang dua alasan di atas:

"Apabila pengibadatan seorang hamba Allah Ta'ala dikaitkan dengan kecintaan kerana kebesaran dan kesempurnaanNya, maka nikmat yang timbul adalah merupakan kurnia dan ihsanNya, ia wajib disyukuri".

Sesungguhnya perlu diketahui bahawa sesiapa yang berdoa (meminta/menyeru) kepada orang yang sudah mati untuk mendapatkan pertolongan darinya, maka ia telah memberikan satu sifat dari sifat-sifat Allah Ta'ala iaitu (اَلسَّمِيْعُ) "Mendengar" kepada si mati yang diseru, sedangkan manusia kehilangan sifat mendengar setelah kematiannya .

Orang yang menyeru orang mati pasti mempunyai kepercayaan pada dirinya bahawa yang diseru itu mempunyai kelainan (kelebihan) yang berbeza dengan manusia biasa, oleh sebab itu dikhususkan penyeruan kepadanya, inilah di antara jenis-jenis kesyirikan yang membatalkan tauhid uluhiyah dan tauhid asma wa-sifat seseorang hamba yang melakukan kebatilan seperti itu.

Apakah maksud dan pengertian asma (nama-nama) dan sifat Allah menurut kehendak syara, di bawah ini diperincikan secara ringkas:

Asma (أسْمَاءٌ) kalimah yang menunjukkan jamak (banyak atau berbilang-bilang), ia bererti: "Nama-nama". Mufrad dari kalimah ini ialah ismun (اِسْمٌ). Dan telah disepakati oleh para ulama bahawa nama-nama Allah berdiri sendiri, tidak ada penamaan kecuali dengan segala hal yang telah Allah ithbatkan (tetapkan) di dalam kitabNya, atau melalui keterangan dari Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam, iaitu nama-nama Allah yang juga merupakan sifatNya yang sempurna.

Nama-nama Allah bukan makhluk, oleh kerana itu sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah kemudian dimungkari maka ia telah kufur.

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

اِذَا سَـمِعْتَ الرَّجُلَ يَقُوْلُ اْلاِسْـمَ غَيْرَ الْمُسَمَّى اَوْ الشَّيءَ غَيْرَ الشَّيْء فَاشْهَدْ عَلَيْهِ بِالزِنْدِقَةِ.

"Jika sekiranya engkau mendengar seorang lelaki berkata bahawa nama (Allah) adalah yang tidak bernama dan sesuatu yang bukan sesuatu maka saksikanlah atasnya bahawa dia seorang zindik".

Imam Syafie juga pernah ditanya tentang sifat Allah Azza wa-Jalla sebagaimana yang semestinya kita beriman dengannya, maka beliau berkata:

لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالىَ اَسْـمَاءٌ وَصِفَاتٌ جَاءَ بِهَا كِتَابُهُ وَخَبَرَ بِهَا نَبِيُّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اُمَّتهُ.

"Bagi Allah Tabaraka wa-Ta'ala nama-nama dan sifat-sifat (yang beritanya) didatangkan oleh kitabNya dan dikhabarkan tentangnya oleh NabiNya kepada umatnya".

Dari kenyataan Imam Syafie di atas, jelaslah bahawa seseorang yang beriman wajib beriman dengan nama-nama, sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam di dalam hadith-hadithnya yang sahih. Ianya tidak boleh dita'wil, ditasybih (tamsil), ditahrif atau ditakyif.

Akidah seseorang itu dianggap murni dan sah hanya apabila mengimani segala sesuatu tentang nama-nama, sifat dan zat Allah sebagaimana yang Dia sendiri mengkhabarkan di dalam kitabNya atau melalui Sunnah RasulNya. Sunnah Rasulullah menguatkan dan seiring dengan al-Quran dalam menetapkan nama, sifat-sifat dan zat Allah. Contohnya dalam menetapkan wajah (muka) Allah terdapat di dalam firmanNya:

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِكَ ذُوْ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ.

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Ar-Rahman, 55:27.

Jika dikembalikan kepada as-Sunnah (hadith-hadith sahih) akan ditemui bahawa hanya Rasulullah sahaja yang layak menjadi penafsir ayat di atas ini dan ayat-ayat yang serupa dengannya, namun baginda tetap tidak menjelaskan makna wajah kepada makna yang lain sebagaimana yang jelas dapat difahami di dalam sabda baginda:

جَنَّتَانِ مِنْ فِضَّـةٍ آنِيَتِهِمَا وَمَا فِيْهِمَا وَجَنَّتَانِ مِنْ ذَهَبٍ آنِيَتِهِمَا وَمَا فِيْهِمَا وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ اَنْ يَنْظُرُوْا اِلَى وَجْهِ رَبِّهِمْ فِى جَنَّةِ عَدْنٍ اِلاَّ رِدَاءِ الْكِبْرِيَاءِ عَلَى وَجْهِهِ فِى جَنَّةِ عَدْنٍ.

"Dua syurga dari perak termasuk pinggan mangkuknya dan apa yang terdapat di dalamnya. Dua syurga dari emas termasuk pinggan mangkuknya dan apa yang terdapat di dalamnya. Tiada yang dapat menghalang sesuatu kaum dari melihat Wajah Tuhan mereka di dalam syurga Adnan kecuali pakaian takbur (sombong atau membesarkan diri)".

Maka beriman kepada setiap nama-nama, sifat dan zat Allah menurut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala untuk diriNya di dalam al-Quran dan di dalam al-Hadith yang sahih adalah wajib hukumnya. Imam Syafie rahimahullah berkata:

نُثَبِّتُ هَذِهِ الصِّفَاتَ الَّتِى جَاءَ بِهَا القُرْآن وَوَرَدَتْ بِهَا السُنَّة وَنَفَى التَّشْبِيْه عَنْهُ كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ فَقَالَ : لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ.

"Kami hanya mengithbatkan sifat-sifat Allah sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan sebagaimana yang dinyatakan oleh as-Sunnah dan menafikan segala persamaan (penyerupaan) tentangnya sebagaimana yang dinafikan oleh Allah sendiri tentang dirinya (firmanNya): Tidak ada sesuatu yang serupa denganNya".
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

0 ulasan



Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Labels

  • Bahasa jawa (6)
  • Mingguan (1)
  • Panduan (1)
  • Tauhid (8)

Jumlah Paparan Halaman

Assunnah Blog

  • Info
      Muqarrabin Management System.
  • Blog Archive

    • ► 2012 (2)
      • ► Februari (1)
      • ► Januari (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► Oktober (1)
    • ► 2010 (2)
      • ► Oktober (2)
    • ▼ 2009 (20)
      • ▼ Disember (15)
        • Tauhid Asma dan sifat
        • Tauhid Uluhiyah
        • Tauhid Rububiyah
        • Perkara yang merosakkan Iman
        • Apa itu Tauhid
        • Apa itu ibadat
        • Iman yg sempurna
        • Siapa salaf soleh
        • Siapa wahabi dan akidahnya
        • Salah faham tentang wahabi
        • Pencetus pertama istilah wahabi
        • PANDANGAN RASMI JAKIM TENTANG ISU WAHHABIYYAH
        • Apa itu Ahil Sunnah dan Jamaah
        • Apa itu islam
        • Sangkaan buruk
      • ► Mei (5)

    Blog Archive

    Langgan

    Catatan
    Atom
    Catatan
    Ulasan
    Atom
    Ulasan

    Pengikut

    Mengenai Saya

    Foto saya
    sunnah.blog
    Mohd Sani bin Abdullah bin Osman bin Abdullah bin Ahmad
    Lihat profil lengkap saya

    AUDIO

    http://audio.islamweb.net/audio/index.php
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Assunnah. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top