• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
Blue Orange Green Pink Purple

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أهلا وسهلا ومرحبابا بكم
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG INI


Assunnahblog

"Apabila kamu bercanggah pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan rasulnya (Al-Quran dan hadis)"

Carian

Perkara yang merosakkan Iman

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh hanya menetapkan tanpa dipersoal atau diperbincangkan segala apa yang telah Allah tetapkan di dalam kitabNya (al-Quran) dan segala apa yang telah dijelaskkan oleh NabiNya di dalam hadith-hadithnya yang sahih. Keimanan yang murni dan sempurna yang dimaksudkan oleh syara ialah apabila seseorang itu mengimani setiap nama-nama, sifat atau zat Allah tanpa melakukan apapun perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Adapun perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang muslim ialah:

1. Takyif (تَكْيِيْفٌ) berwazan taf'il (تَفْعِيْلٌ). Ia dari kata kerja (كَيَّفَ - يُكَيِّفُ - تَكْيِيْفًا) yang bererti: "Yang menggambarkan kaifiyah (bagaimana) bentuk atau hakikat". Atau "Menggambarkan hakikat bentuk dari makna-makna tertentu yang hanya diketahui oleh Allah. Seperti menggambarkan hakikat zat Allah, hakikat sifat-sifatNya atau hakikat kewujudannya". Atau juga "Mereka-reka, menceritakan, membincangkan, mempersoalkan atau menanyakan bagaimana nama-nama, sifat atau zat Allah tersebut".

2. Tasybeh/tamsil (تَمْثِيْلٌ) adalah berwazan taf'il (تَفْعِيْل). Ia diambil dari kata dasar (مَثَلٌ اَوْ مِثْلٌ) yang bererti: "Tandingan" atau "Seteru". Dalam syara tamsil bermaksud: "Mengithbatkan, bandingan, menyerupakan atau memisalkan nama-nama, sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhlukNya".
3.
Terdapat dua bentuk tamsil:

Pertama: Qiyas Tamsil. Iaitu mengangkat salah satu dari beberapa makhluk yang dijadikan tuhan kemudian dianggap sebagai Khalik, atau makhluk diangkat sebagai tuhan secara dasar dan yang lain sebagai cabang, kemudian menganalogikan (menserupakan) atau mengqiyaskan yang satu dengan yang lain. Bentuk ini terbagi dua:

a- Qiyas Kulli. Iaitu mengqiyaskan zat dengan zat. Misalnya mengatakan bahawa zat Allah serupa dengan zat makhluk atau sebaliknya.

b- Qiyas Juz'i. Mengqiyaskan sebahagian sifat Allah dengan sifat makhluk atau sebaliknya.

Kedua: Qiyas Tamsil Yang Syumul. Iaitu memasukkan Khalik dan makhluk dalam satu kaedah umum di mana semua bahagian menduduki keadaan yang sama di dalamnya. Misalnya: Mengatakan bahawa semua yang mawujud adalah satu bentuk atau semua yang mempunyai sifat adalah makhluk.

3. Ta'til (تَعْطِيْلٌ) diambil dari kata al-'atal (اَلْعَطَلُ) yang bermaksud: "Membiarkan, mengosongkan atau meninggalkan". Kalimah ini boleh ditemui di dalam al-Quran:

وَبِئْرٍ مُّعَطَّلَةٍ
"Perigi yang ditinggalkan".
Al-Haj, 22:45.

Ta'til juga diertikan:

"Membatalkan, mengingkari atau menolak sifat, nama-nama dan zat Allah yang sudah ada nasnya di dalam al-Quran dan as-Sunnah". Atau juga "Meniadakan ketetapan atau makna nas-nas al-Quran dan as-Sunnah dari maksudnya yang hakiki".

Ta'til terbahagi tiga:

Pertama: Menolak, menafikan atau meniadakan hakikat kesempurnaan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan menafikan atau meniadakan nama-nama dan sifat-sifatNya.

Kedua: Menolak, menafikan atau meniadakan apapun perkara yang berkaitan dengan Allah sehingga meninggalkan ibadah dan ketaatan kepadaNya. Atau mengibadahi selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Ketiga: Menolak, menafikan atau meniadakan kekuasaan dan keberadaan Allah subhanahu wa-Ta'ala. Mengingkari bahawa segala makhluk adalah ciptaanNya. Mengithbatkan sebahagian atau seluruh makhlukNya kepada selain Allah. Menganggap bahawa makhluk itu lebih dahulu ada. Atau menganggap segala ciptaan Allah bukan makhluk Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

4. Tahrif. Kalimah (تَحْرِيْفٌ) berwazan taf'il (تَفْعِيْلٌ). Ia diambil dari kata dasar "Harf" (حَرْفٌ) yang bermaksud: "Tepi, Sisi, Sebahagian" atau "Tidak mempunyai keyakinan yang penuh" sebagaimana firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللهَ عَلَى حَرْفٍ
"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi".
Al-Haj, 22:
Tahrif dimaksudkan juga:

"Merubah, mengganti atau menyelewengkan dari segi nas, lafaz, maksud atau makna tentang segala yang berkaitan dengan nama-nama, sifat dan zat Allah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih sehingga merubah maksud dan maknanya yang sebenar".

Jenis tahrif terbahagi tiga:

Pertama: Tahrif Lafaz Atau Lafzy. Iaitu menggantikan satu lafaz di dalam syara dengan lafaz yang lain. Sebagai contoh: Perbuatan Bani Israil menggantikan kata "Hittah" (حِطَّةٌ) bermaksud: "Pengampunan" kepada lafaz "Hintah" (حِنْطَةٌ) yang bererti "Gandum".

Kedua: Tahrif Makna Atau Maknawi. Iaitu menukar makna sebenar kepada makna yang lain. Sebagai contoh: Lafaz istiwa (اِسْتَوَاء) "Bersemayam" ditukar kepada lafaz (اِسْتَوْلَى) yang bererti "Menguasi" atau "Memerintah".

Ketiga: Tahrif Ayat Kauniyah. Sebagai contoh: Mentahrif makna ayat (وَاَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا اَبَابِيْلَ) "Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong" kemudian ditahrif ayat ini kepada maksud: "Kuman, bakteria, virus kusta atau penyakit yang seumpamanya". Atau juga mentahrif kalimah "Malaikat" yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah kepada makna dan maksud: "Suatu kekuatan rohani/spiritual" dan kalimah "Syaitan" pula ditahrif kepada maksud: "Kejahatan dalam diri manusia" atau sebagainya.

Sesiapa yang tidak menerima dan mengimani nama-nama, sifat dan zat Allah sebagaimana yang telah tercatit pada kedua-dua kitab yang wajib diimani iaitu al-Quran dan al-Hadith yang sahih, maka para ulama usuluddin sepakat menghukum bahawa ia telah kufur dan terkeluar dari akidah Islamiyah yang murni dan sahih, malah ia telah melakukan kesyirikan jika mengingkari apa yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam kitabNya, kemudian ia menyeru selain sifat-sifat, nama-nama dan zat Allah Azza wa-Jalla sebagai penggantinya, maka Allah berfirman:

وَِللهِ اْلاَسْـمَآءُ الْحُسْـنَى فَادْعُوْا بِهَا وَذَرُوْا الَّذِيْنَ يُلْحِدُوْنَ فِى اَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوْا يَعْمَلَوْنَ.

"Hanya milik Allah Asma ul-Husna, maka bermohonlah (berserulah) kepadaNya dengan menyebut asma ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka lakukan".
Al-A'raaf, 7:180.

اِنَّ ِللهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعِيْنَ اِسْمًا مَنْ اَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّة.

"Sesungguhnya bagi Allah itu (mempunyai) 99 nama, sesiapa yang mengetahuinya (menghafalnya) maka dia masuk syurga".

اَسْاَلُكَ اللَّهُمَّ بِكُلِّ اِسْـمٍ هُوَ لَكَ سَـمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ اَوْ اَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ اَوْ عَلَّمْتَهُ اَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ اَوْاِسْتَاْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ اَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ الْعَظِيْمِ رَبِيْعَ قَلْبِيْ.
"Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau namakan bagi diriMu atau Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau ajarkan kepada seseorang hambaMu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada padaMu. Semoga Kau jadikan al-Quran sebagai penghibur hatiku, penerang dadaku dan penghapus duka-laraku".

Nama-nama dan sifat Allah yang sudah dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih hanya layak untuk Allah, ia tidak boleh disekufukan atau disamakan dengan sifat makhlukNya walau siapapun makhluk tersebut. Begitu juga semua nama-nama, sifat dan zat Allah sama sekali tidak boleh ditakyif, ditamsil/tasybeh, dita'til atau ditahrif sebagaimana yang telah diterangkan di dalam penjelasan yang lalu. Allah berfirman:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْىءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.

"Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
Asy-Syura, 42:11.

قُلْ هُوَ اللهُ اَحَـدٌ . اللهُ الصَّـمَدُ . لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُلَـدْ . وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ .

"Katakanlah!: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu denganNya".
Al-Ikhlas, 4:112.

قَالَ اْلاِمَامُ الشَّافِعِيُّ : ِللهِ اَسْمَاءٌ وَصِفَاتٌ لاَ يَسِـعُ اَحَدًا رَدَّهَا . ومَنَ ْخَالَفَ بَعْدَ ثُبُوْتِ هَذِهِ الْحُجَّةُ عَلَيْهِ كُفْرٌ وَاَمَّا قَبْلَ قِيَام الْحُجَّةِ فَاِنَّهُ يُعذِرُ بِالْجَهْلِ فَنُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِىْ عَنْهُ التَّشْبِيْه كَمَا نَفى عَنْ نَفْسِهِ : لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ.

Berkata Imam Syafie: Bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang tidak sepatutnya bagi seseorang menolaknya, sesiapa yang menyelisihinya (menolaknya) setelah jelas hujjah maka ia telah kufur. Adapun sebelum ditegakkan hujjah maka diberi keuzuran baginya kerana kejahilannya. Maka kami telah menetapkan sifat-sifat ini dan kami menafikan keserupaannya dengan sekalian makhluk sebagaimana yang telah dinafikan sendiri (oleh Allah) di dalam firmanNya: Tiada sesuatu yang serupa denganNya".

Imam Syafie seterusnya menjelaskan:

"Allah Azza wa-Jalla telah mengkhabarkan tentang diriNya bahawa Ia Maha Mendengar dan bagiNya dua tangan. Sebagaimana firmanNya Azza wa-Jalla:

بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَآءُ
"(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki".
Al-Maidah, 5:64.
Imam Syafie adalah seorang ulama Salaf as-Soleh yang berjaya menyelamat akidah ummah dari kesyirikan. Contohnya, dalam memperkatakan sifat-sifat Allah beliau telah menjelaskan bahawa Allah mempunyai tangan kanan, muka, kaki dan jari dengan membawakan firmanNya:

وَالسَّمَوَاتِ مَطْوِيَّاتُ بِيَمِيْنِهِ

"Dan langit digulung dengan tangan kananNya".
Az-Zumar, 39:67.

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهُهُ

"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajahNya".
Al-Qasas, 28:88.

حَتَّى يَضَعُ الرَّب عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدَمهُ

"Sehingga Rabb Azza wa-Jalla meletakkan kakiNya di syurga".

اِنَّهُ اَعْوَرٌ وَاِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِاَعْوَرٍ

"Sesungguhnya dia (Dajjal) matanya juling dan sesungguhnya Tuhan kamu mataNya tidak juling".
مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اصْبعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَنِ

"Tiadalah hati itu kecuali berada di antara jari dari jari-jari Ar-Rahman".

Apabila memahami semua fatwa-fatwa Imam Syafie yang berkaitan dengan persoalan iman atau akidah, maka penjelasan beliau sebagaimana yang sebahagiannya telah dipaparkan di atas adalah jelas amat bertentangan dengan akidah muktazilah, sebahagian golongan tarikat sufiyah dan Jahmiyah, yang mana golongan-golongan ini menafikan bahawa Allah mempunyai sifat.

Perlu diketahui bahawa syirik terhadap sifat-sifat Allah adalah penyampai kepada kesyirikan pada akidah atau ibadah, sebagaimana perbuatan mereka yang bermohon (menyeru) kepada selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Contohnya, perbuatan orang-orang yang menyeru (bermohon/meminta-minta) kepada makhluk yang sudah mati sebagaimana yang telah dicontohkan sebelum ini, maka secara tidak langsung ia telah memberi sifat ketuhanan kepada si mati iaitu sifat mendengar (اَلسَّمِيْعُ) sedangkan orang mati (mayat) tidak berdaya untuk memperkenankan doa (seruan/permohonan) orang yang meminta kepadanya. Inilah antara contoh syirik besar yang perlu diberi perhatian.

Namun masih terdapat di kalangan mereka yang menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah yang masih berpegang dengan akidah yang bid’ah. Sedangkan pada hakikatnya fahaman tersebut amat bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Fahaman yang dimaksudkan ialah akidah yang diambil dari pemahaman Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah semasa beliau belum bertaubat dari akidah Muktazilah dan Kullabiyah/Al-Maturidiyah. Di bawah ini diterangkan dengan lebih jelas tentang fahaman Abu Hasan al-Asy’ari disemua marhalah kehidupan yang beliau lalui:
Read More 0 ulasan | Dicatat oleh sunnah.blog | edit post

0 ulasan



Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Labels

  • Bahasa jawa (6)
  • Mingguan (1)
  • Panduan (1)
  • Tauhid (8)

Jumlah Paparan Halaman

Assunnah Blog

  • Info
      Muqarrabin Management System.
  • Blog Archive

    • ► 2012 (2)
      • ► Februari (1)
      • ► Januari (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► Oktober (1)
    • ► 2010 (2)
      • ► Oktober (2)
    • ▼ 2009 (20)
      • ▼ Disember (15)
        • Tauhid Asma dan sifat
        • Tauhid Uluhiyah
        • Tauhid Rububiyah
        • Perkara yang merosakkan Iman
        • Apa itu Tauhid
        • Apa itu ibadat
        • Iman yg sempurna
        • Siapa salaf soleh
        • Siapa wahabi dan akidahnya
        • Salah faham tentang wahabi
        • Pencetus pertama istilah wahabi
        • PANDANGAN RASMI JAKIM TENTANG ISU WAHHABIYYAH
        • Apa itu Ahil Sunnah dan Jamaah
        • Apa itu islam
        • Sangkaan buruk
      • ► Mei (5)

    Blog Archive

    Langgan

    Catatan
    Atom
    Catatan
    Ulasan
    Atom
    Ulasan

    Pengikut

    Mengenai Saya

    Foto saya
    sunnah.blog
    Mohd Sani bin Abdullah bin Osman bin Abdullah bin Ahmad
    Lihat profil lengkap saya

    AUDIO

    http://audio.islamweb.net/audio/index.php
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Assunnah. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top